Anak saya kurang berat

Salam..ibu2 semua, boleh bantu saya? Anak saya dah 1 tahun 9 bulan..tapi berat baru 5.95kg..anak saya aktif sangat,dia banyak main berbanding tidur..makan lak tak banyak, Nasi hanya 3@4 suap jak yang boleh masukkan dalam mulut,seterusnya dia tutup rapat2 mulut dia,kalau kita paksa makan dia pandai keluarkan balik semua makanan..Susu lak banyak tak sesuai dengan dia..hanya dugro jak blh minum,tapi itula berat sebulan hanya naik 100g@200g jak😭..ibu2 tahu tak macam mana nak bantu naikkan berat anak saya..utk pengetahuan ibu2,ank saya dia baby pramatang yang lahir 30w,berat 695g..

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cuba awk pelbagaikan makanan. Jgn terlalu fokus dkt nasi saja, try and error bagi dia rasa tiap makanan lain sampai tahu mana yg dia suka. Anak saya pun kdg tak nk nasi saya cuba cara lain, saya buat cucur telur tp tambah nasi sebab dia tk kan tahu ada nasi dkt dlm cucur tu. Boleh tgk resepi utk anak mkn. Sambil awk nk suap awk bg dia pegang dia punya pinggan, akan agak messy tp try la insyaAllah lama lama dia akan minat mkn. Cuma jgn selalu bg dia biskut roti sebab benda tu buat dia cepat kenyang. Bg dia real food tau. Cayok cayok!

Baca lagi

Pelbagaikan menu anak. Try and error sampai jumpa. Boleh masak makanan yang berasaskan santan, susu, butter, potatoes. Antara makanan yang menaikkan berat anak. Waktu tidur tetap perlu jaga. Tidur pun sangat penting untuk tumbesaran anak

ape kata puan cari ubat Utk selera mkn jenama appeton multivitamin, ank sy pn sama x nk mkn nasi bila suap dia keluarkan blk nasi tu, yg dia suka roti berkrim, cucur, & roti canai nnt sy nk try beli appeton multivitamin@ubat cacing

Anak kami 1y4m 10kg memula drop tapi lepas stop snaks biskut normal balik dah pun tgh lasak risau juga sebenarnya. Dia 36week bf. Takpa sis boleh tu bagi dia prebiotic macam yougurt macam tu pun boleh naik selera rasa lapar je

sia cuba try sabun cacing yg viral kat TikTok tu..mana tau berkesan dlk kalangan Sy pakai sabun tu alhamdulillah ok..selera makan berat badan 6kg terus ke 12kg kena konsisten..tpy tgok budak la rasi ke x

Makan dgn anak sis.. anak sy tgk sy mkn die nk mkn skli ape yg sy mkn.. kdg2 sy bt2 mkn je.. plbgai kn mknn.. xpyh mkn nsi pon xpe. Pasta,potato,ubi keledek,labu. Hias mknn sikit2.. elakkn mkn dpn tv..dpn phone..

Bila anak saya mula tak nak nasi, saya bagi dia buah anggur dan strawberi potong. Esok lusa dia nak nasi balik. Kena bagi dia makanan yg pelbagai.

sensory dia ok? byk benda harian yg kait sensory, blh jalan kaki ayam atas rumput pasir tgn pegang beras

smga Allah bantu. sy pn tgh risau baby slow progress berat bdn. rupanya im not aloneeee.

sis try apeton pnamabah selera bayi,,