Penyusuan bayi
Salam Baby sy bakal berusia 5b tak lama lagi. Yg menjadi kerisauan sy adalah., baby sy hanya menyusu 5minit dan paling lama 10minit Ada juga ketika yg dia menyusu sepanjang malam., tapi sy rasa dia byk melekap sbb perlukan comfort dan ingin berasa selesa. Ini adalah pengalaman anak ke-4., sebelum2 ini sy tak pernah mengalami pengalaman begini dgn ketiga2 anak sy. Baby sy takde masalah., dia ceria, dia aktif., jarang merengek pun. Dia lebih suka tidur dari menyusu. Kalau mengantuk sgt dia akan pilih tido dari susu. Boleh bantu sy?