Baby tolak susu badan

Salam semua mommy, nak mintak pencerahan bagi mommy yang berpengalaman. Anak baru masuk 2 bulan dan saya awal2 bagi anak susu formula dan kemudian susu da keluar baru bg susu badan. Saya selalu on off bagi susu badan dan banyak bergantung pada susu formula sbb rasa kan anak tak kenyang minum susu badan. Masalah yg dihadapi ialah baru2 ni bila saya nak bg susu badan anak hisap puting dan kemudian dia spt nak muntah. Dia nak hisap tapi ade something buat dia mual/muntah sgt bila cuba hisap puting dan dia terus akn reject wlaupun sy nmpk dia bole hsap puting dlm beberapa saat mcm tu. Untuk pengetahuan mommy dlm beberapa minggu lepas saya ada mkn durian dengan suami tapi dalam beberapa ulas shj. Adakah disebabkan durian tu susu bdn sy jd tak ok utk anak? #pleasehelp #firstbaby #firstmom

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

durian bukan punca baby tolak susu badan awak. awak tahu tak salah satu natural milk booster adalah durian. ada cuci nipple awak dgn sabun tak? ada pakai pewangi tak? 1) macam mana awak tahu baby awak tak kenyang minum susu badan awak? berapa lama baby selalu directfeed? kalau 5-10minit baby hanya dpt susu foremilk(susu awalan sahaja-susu cair). nak baby kenyang, berat naik dgn cantik baby kena directfeed dlm masa 15-20min utk dpt kan hindmilk (susu akhir-susu pekat). masa baby menyusu kena buat breast compression. lepas baby menyusu buat urutan marmet selama 2min. semua ni dpt mengoptimakan pengeluaran susu badan awak. 2) kalau betul nak baby minum susu badan awak, bukan dgn on off kan susu badan awak. awak kena tahu bila awak on off susu badan awak maka supply susu bdn awak akan makin berkurang ye. sebab otak awak tak terima signal utk terus produce susu badan. bila demand (permintaan) awak makin berkurang, maka supply(penghasilan/pengeluaran) susu awak akan makin menurun. 3) baby hisap kosong sebab tu la baby reject susu badan awak. lagipon boleh jadi baby nipple confuse dh. buat apa baby nak guna tenaga lebih kalau dia hisap botol lg laju dr hisap dkt breast awak Belajar la ilmu penyusuan susu ibu, sebab ilmu ni tak semudah a,b,c. ramai je lactation counselor yg share ilmu free tentang penyusuan susu ibu ni awak. search je nama2 dorang ni.

Baca lagi
1y ago

Tq sis❤️

first,salah konsep penyusuan susu badan..byk kena explore lg masalah sis ni.. on off susu bdn brapa lama gap setiap kali nyusu?brape minit penyusuan?lekapan ok x or nipple sakit? ..kekenyangan tu kena tgk najis baby..reaction muka muntah baby tu kemungkinan dah nipple confuse, sbb botol sekali hisap je dah dpt susu, dkt breast rahang baby kena bekerja keras utk dptkan susu..

Baca lagi

u tak cukup ilmu di dada lagi ni. kena banyak membaca . btw apa sebab u tetibe nak breastfeed pulak ye ? sbb u dah on off bagi breastfeeding. jangan fikir susu tak cukup, kita punya breast ikut demand anak lagi membesar anak lagi kurang susu kita. sentiasa cukup utk anak insyaAllah. pergi instagram follow tips nadmasrom and puan noor fazila. situ banyaaaaaaakkkkk tips wakk

Baca lagi

lain kali bagi je susu badan... jgn campur² dgn formula. kan anak dh tknk tu haa janganlah tersentak pula. dari masa mengandung kita dh diberi pendedahan kepentingan susu badan. kenyang tk kenyang belakang cerita janji bagi je supaya anak bonding dgn kita. soal susu badan tu byk mknn boleh ikhtiar. saya pon first baby.

Baca lagi
TapFluencer

anak nampak tak kenyang mungkin sbb bagi susu badan terlalu sekejap. sepatutnya kena lebih 10/15 minit sekali sesi supaya baby dpt hindmilk. kalau kurang 10 minit, baby cuma dpt foremilk. tu yg dia tak kenyang. seeloknya tiap sesi mesti 20 minit keatas & tiap 1-2 jam kena susukan.

mindset tu kena jaga jika sis betul2 nak bagi fully bf , kalau boleh usahakan untuk banyakkan susu.. minum air masak banyak2 , makan masakkan yang boleh menambahkan susu badan yang paling penting jangan dengar cakap orang kalau cakap tak cukup susu ka apa ka ..

bljar lg ilmu penyusuan..jaga mindset awak..jgn duk berasa x cukup.. itu mempengaruhi juga hormon penyusuan.. mkn dgn cukup...minum air masak bnyk.. minum susu..mkn sayur hijau & ulam²..

ada Facebook tak? boleh cari group support breastfeeding.. nama group tu Happy Breastfeeding Malaysia. dari penceritaan awk, awk masih kurang faham bab penyusuan susu ibu..good luck