HB Low . Cara nak naik kn hb bagaimana ya .

Salam semua . Macam mana nak naik kan hb yg low ya . Hb sy 10.5 . Minggu depan ade checkup . Risau kalau hb tak naik lagi . Dah cuba amik jus mamariam , minum pati delima . Tapi ada yg kata boleh akibat kn gdm nanti . Jadi sy stop ambil . Ada cara lain tak ya ☺️#firstbaby

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya ada masalah hb low dari sebelum nikah lagi. standard hb saya 9 je. Bila pregnant sampai kena cucuk maltofer kt punggung 10 dos. tu pun naik lah sikit dari 9.3 ke 9.8. Makan maltofer 3 biji tak jalan, bayam kerang air buah cina semua tak jalan. Last sekali dpt zincofer makan dua biji sekali haa baru naik slow slow. Tu pun jenuh nak makan sbb awal awal muntah jgk makan zincofer. Tapi pksa jgk. dalam dua minggu naik 10-10.5. Makan before tido, lepas makan terus tido kalau tak nanti boleh muntah semua isi perut.

Baca lagi

Sy pernah hb low, simptom nya, mudah penat, slalu tercungap2 wlaupun kerja xberat sgt, muka pucat. Doc sy sarankn makan byk daging merah, sayur berdaun hijau mcm bayam, hati ayam. Sy buat apa yg doc suru, & lepas check, hb sy ok. Trimester 3, sy jadi cepat penat balik, mcm yg sya rasa masa first2 tu, sy bykn makan kambing 😂 satay kambing, briyani kambing, lamb chop. Lepas bbrapa hari bedal benda sma, ok balik. Smpai lh bersalin 😊 alhamdulillah

Baca lagi

cuba mkn kerang.. bayam.. kurma.. sayur2 hijau sis.. sy aritu 11 dari 14.9..makin besar baby makin turun hb.. pastu misi terus bg zincofer.. tp sy seram nk mkn.. sbb tiap kali mkn mcm alahan.. pening loya ade.. tp 2 jam je.. kena tido.. pastu okey.. sy stop sy gilir dgn obimin.. mkn sayur2 kurma jgk.. alhamdulillah naik balik 12.3..try la sis.. kot serasi

Baca lagi

Macam saya, saya tukar ubat ke maltofer makan 3 kali sehari (doc prescribe). Saya banyakkan makan bayam masak air (sedapp), makan kerang, jambu batu, minum susu hl. Tapi mostly saya banyak makan bayam jelah. Alhamdulillah naik sikit lebih dari 11.

TapFluencer

Elakkan minum susu lepas makan selepas 2 jam. Lepas minum susu pastikan gap 2 jam baru makan maltofer chewable (folic acid iron). Makan bayam, buah orange sangat penting! InshaAllah naik. Sis dari 8.1 sekarang naik to 11.4

Boleh try anggur hitam dgn air delima. Saya baru ni checkup result hb naik dari 10.2 ke 11.1 . Pernah try jambu batu before this tak load dgn saya. Bila try anggur hitam menjadi 👍🏻

Sy amalkan mamariam.. dgn obimin dr bg.. mula2 hb ok je, tp bila baby makin besar hb makin drop.. try amalkan bayam, jambu batu, mamariam.. and dr tukar ke zincofer

Banyak cara boleh Cuba,tp bergantung jgk pada badan seseorg tu...ada yg kata mkn ikan bilis,minum air ribenna,mkn buah delima/jus delima ..boleh lah cuba

minum je susu mengandung, dr sendiri kata tu cara paling senang naikkan hb. ubat ferrous plus folic acid jgn tinggal hari2

Sy minum susu hl, makan buah jambu batu & sayur bayam. Setakat ni hb cantik 👌🏻