4 Balas

Saya pun baby baru 33 hari.. n pernah dlm situasi tu dimana baby saya menyusu dan tertidur masa menyusu.. dia terlepas puting masa tidur dan kemudian tidur dlm 20 minit dh terjaga mintak susu lagi. Bila saya tnya dgn misi KK, rupanya sbb x cukup susu.. so kena topup dgn susu formula dulu dan cuba bnykkn susu dgn power pumping n milk booster. Dan pasal mengempeng tu, sis cuba tgok masa dia menyusu tu, dia menelan atau tak, ada bunyi mcm dia minum ke x, atau dia sekadar gerak gerak mulut je.. kalau sekadar gerak2 tu, mengempeng.. Sekadar share pengalaman shj.. harap membantu..

wahh.. alhamdulillah.. rezeki baby sis.. sis buat cmne tu susu dh makin meriah? Boleh share tips x?

Jadi dekat saya juga beberapa hari ni. Baby 20 hari, boy. Sis boleh search berkenaan cluster feeding. Normal sebab baby nak membesar.

baby sy pun alami macam ni. sy google kata salah satu sebab growth spurt/cluster feeding ni awk cuba search.

baby saya girl 29 hari pun macamtu juga klau lebih 40min dikira mengempeng , normal je sbb bby nk besar

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan