Baby menyusu kadang 5 min, kadang 8 min je.. 5 minit dia lepas sndri dan terus tidur, nampak knyang

Baby sebulan+. Nak tanya, cukup ke kalau kdg2 bf 5 minit je?🥲 Pastu baby lepas sendiri dan nampak kenyang, terus tertidur. Nak sumbat blik nipple dlm mulut pun dia tak layan dah.. risau bby tak cukup susu.. Biasa saya akan try utk smpai 15+ min menyusu.. Kadang bby hisap smpai stgh jam #firstmom

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Risau bayi menyusu sekejap atau lama? "Bayi saya menyusu kurang dari 10 minit. Dia dapat cukup susu tak?" "Bayi saya menyusu lama sangat kadang-kadang sampai 1 jam. Susu saya sikit ke?" Dua situasi berbeza kerisauan ibu-ibu menyusu tentang berapa lama bayi mereka menyusu. Ada yang menyusu dalam satu sesi yang pendek, malah ada juga yang menyusu dalam satu sesi yang panjang. Secara puratanya, bayi akan menyusu selama 15 - 45 minit dalam satu sesi penyusuan. Tetapi perlu diingat, tiada masa yang tetap untuk berapa lama bayi perlu menyusu. 'Don't watch the clock, watch the baby'. Offer bayi menyusu satu bahagian payudara pada satu masa. Dan offer payudara yang lagi sebelah pada sesi penyusuan yang seterusnya. Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan menyusu 8 - 12 kali dalam satu hari. Peka pada 'feeding cues' bayi. Bukannya melihat jam. Antara 'feeding cues' adalah bayi akan: - stretching - rooting - sucking - crying (late cues) Sesetengah bayi sangat efisyen menyusu dan boleh kenyang dalam masa kurang dari 10 minit dalam satu sesi penyusuan. Manakala, ada pula sesetengah bayi yang lain memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyusu dan kenyang. Ini juga adalah kerana setiap bayi 'suckle' juga berbeza. Antara tanda-tanda bayi sudah kenyang: - lebih tenang - melepaskan sendiri payudara - tertidur selepas menyusu - apabila offer menyusu lagi, bayi akan menolak Sila pantau diapers bayi (wet & dirty); kencing & berak bayi serta kenaikan berat badan bayi. Sehingga umur 6 bulan, kebiasaannya wet diapers adalah dalam 5 - 6 keping sehari. Manakala untuk dirty diapers pula adalah dalam 1 - 2 keping sehari. Malahan ada yang kurang dari itu kerana bayi yang menyusu ibu ada yang jarang berak sampai berhari-hari. Ada masanya juga, bayi akan menyusu lebih lama sekadar untuk 'comfort'. Jika bayi anda terganggu atau mengantuk semasa menyusu, bawa bayi ke dalam bilik yang gelap untuk menyusu supaya jauh dari gangguan. Tetapi sekiranya ada kerisauan tentang berat badan bayi, wet & dirty diapers bayi anda, sila rujuk pada doktor. Setiap bayi adalah unik. Kenali bayi anda. Jangan dibanding-bandingkan. Syafawati Noorhafizah Kaunselor Laktasi "Spread the love through breastfeeding"

Baca lagi
1y ago

Baby saya sama mcm TT, minum kejap ja, saya marmet sikit supaya dia dapat susu hildmilk, pattern susu tiap sejam setengah. Tiap kali checkup naik 1.5kg. Mlm x pernah skip. Kunci jam. Lps 3 bulan baby pun cam tauu tiap bape jam dia nk minum, sua ja. Habis minum dia continue tidur balik. Posisi mengiring.

untuk naik kan berat badan baby awak. baby atleast kena minum 15-20minit. baby kena minum susu hindmilk iaitu susu akhir awak. 5minit baby hanya dpt susu awalan awak iaitu susu foremilk sahaja. susu foremilk ni fungsi utk menghilangkan dahaga baby sahaja.

Post reply image
1y ago

Biasanya 2jam skali. Masa tidur malam dia mintak 2kali je. Pukul 3pg,6pg. Tp ada jugak hari yg dia xnak menyusu.