Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Nor Idayu dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ramai wanita yang merancang untuk mengandung akan mula mengamalkan asid folik. Tahukah anda apa itu asid folik dan cara untuk memakannya? Cara makan folic acid ni kena betul supaya lebih berkesan. Ada juga yang ambil acid folic untuk cepat hamil. Adakah anda tahu tentang ini semua? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda mengenai asid folik dan kepentingannya bersama Dr. Nor Idayu MD (USM), MOG (UKM dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 8 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Nor Idayu dari Pantai Hospital Ayer Keroh
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam Dr Idayu, Apa perbezaan jenis² acid folic cth maltofer, zincofer dll? Mengapa ada ibu yang perlu mengambil pil tambahan selain acid folic cth vitamin tambahan? Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Maltofer , zincofer, iberet adalah vitamin antenatal yg mempunyai zat besi dan folic acid. Perbezaan yg ketara adalah dari jumlah zat besi( elemental iron) dan jumlah asid folik dlm satu tablet.