Najis baby lepas start solid food.
Hi moms! Nak tanya, saya keliru sangat. Anak saya dah 8 bulan. Dah start makan 2 bulan, mula start solid, najis dia jadi seketul, tak mushy, tak cair macam minum susu sahaja haritu. Mula mula dia sembelit, 3-4 hari sekali baru poop, najis keras. Tapi sekarang dah better, Dia poop hari hari, cuma sekarang ni bentuk najis dia jadi pejal, ada moist sikittt je sebab najis dia berkilat, kiranya macam najis dewasa. Normal ke ya? Saya dah consult doctor banyak kali. Kami suami isteri dah tukar cara pemakanan baby ikut saranan doctor, kami ikut portion nutrient yang disarankan, kami lengkapkan pengambilan nutrient anak daily. Kiranya dalam sehari semua nutrient kena cukup and buah untuk lawaskan poop mesti ambil, & anak saya suka makan buah buahan. saya exclusive breastfeeding, Anak tak meragam bila pooping, cuma dia akan merengek sikit masa nak teran sekali dua. Lepas habis poop dia senyum senyum je macam biasa. Baby active, poop setiap hari, cuma saya perasan dia hanya minum air kosong dalam 50ml sehari. Saya dengan husband still cuba ajar dia minum lebih banyak air. Ada masa dia minum lebih, ada masa dia taknak minum. Banyak benda yang kami dah cuba adjust tapi poop dia masih sama macam ni. Minta pendapat momies kat sini ada pengalaman macam ni tak dengan baby momies? Ps: minta maaf ya gambar tak menyenangkan. Warna merah kat poop tu warna buah betik. #firstbaby #ingintahu #firstmom #SolidFood #8months #ebm #PoopConcern #emakyangkekeliruan #mohonpencerahan #mohondibantu
Read moreDarah nifas untuk bersalin czer.
Hai moms! Saya nak tanya, kalau darah nifas untuk czer paling lama 60 hari kan, saya punya darah nifas masa hari ke 30-35 pantang, dah start warna coklat cair & kuantiti dia pun sikit je. Saya boleh pakai pantyliner je. Tapi tiba tiba hari ke 36 pantang, keluar darah macam period merah macam tu, mula mula sikit, guna pantyliner boleh lagi, tapi makin hari makin banyak keluar sampai saya keliru, saya period ke apa kann. Tapi darah nifas saya tak berhenti 15hari sebelum keluar darah merah ni. Memang bersambung terus dengan yang warna coklat cair tu. Sekarang saya dah hari ke 41 pantang, darah merah tadi makin banyak sampai saya kena pakai pad overnight 42cm, 3 kali tukar sekarang sebab penuh. Ada tak ibu ibu yang ada pengalaman macam saya? Perlu ke saya report pada KK tempat saya check up pregnant & baby? Saya ada tanya jugak kenalan, diorang cakap biasa kalau ada darah merah keluar dalam tempoh 60 hari ni. Tapinsaya still nak tahu benda ni normal untuk orang yang bersalin czer? Keluar darah banyak pulak tu. Saya tak ada rasa sakit apa apa kat bahagian czer tu, pun tak ada rasa tak sihat. Rasa okay je. Kalau ada yang ada pengalaman macam saya. Mohon share yaa. Terima kasihh. #Czer #darahnifas #firsttimemom
Read more