Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Mana satu yang terbaik untuk bayi, susu formula atau susu ibu? Bagi ibu pertama kali, ada yang mungkin sukar untuk mengeluarkan susu badan sendiri namun sering mendapat kecaman kerana ingin menggunakan susu formula. Sebenarnya tidak salah pun mana-mana pilihan anda asalkan anak membesar dengan baik dan sihat. Jika anda persoalan mengenai perbezaan antara susu formula dan susu ibu dari pelbagai aspek, anda boleh bertanyakan kepada Pakar kami. Tanya soalan anda tentang penyusuan bayi, susu formula VS susu badan bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti pada 20 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #PuanNuraziemahAri #PakarPemakanan #KaunselorLaktasi

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Puan Nuraziema. Saya adalah ibu baru yang menyusukan anak, umur anak saya baru saja masuk 5 bulan. Anak saya most of the time minum susu ibu, tapi ada campur formula dalam 7oz setiap hari. Soalan saya, misal kata saya ada demam, selesema atau batuk, adakah susu badan saya juga terkesan dengan virus yang ada dalam badan saya? Selamatkah untuk anak saya consume susu badan saya pada ketika tu? Soalan kedua saya, bolehkah si ibu mengambil apa apa jenis ubat demam / selesema / batuk? Atau memang perlu ke farmasi untuk consult ubat apa yang terbaik buat ibu yang sedang menyusu? Boleh Puan berikan contoh akibat dari mengambil ubatan tanpa consultation? Adakah ubat tersebut memberi kesan pada susu badan dan baby? Soalan ketiga, adakah susu ibu sahaja sudah mencukupi buat baby bawah umur 1 tahun sebagai sumber kepada kekuatan imun sistem mereka? Atau mereka perlu diberikan ubat bila terkena demam/selesema atau batuk? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih buat Puan atas masa dan jawapan puan.

Baca lagi
3y ago

Jika puan tidak sihat seperti flu/batuk, dan doktor inform masih boleh direct feeding dan puan larat untuk breastfeed/pump, sebaiknya mengikut SOP seperti pakai face mask dan sanitize tangan/peralatan pam/ruang sebelum dan selepas menyusukan bayi kecuali jika pesakit menghidap HIV/AIDS tidak digalakkan memberi susu badan pada bayi. Untuk pengambilan ubat bagi ibu dan anak adalah diluar bidang saya, jadi digalakkan puan consult dengan doktor di klinik bagi sebarang pengambilan/ supplement bagi bayi atau unutk ubat puan boleh consult di kaunter pharmacist jika beli ubat over the counter seperti paracetamol/ubat selsema.