Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin. Mungkin anda akan terkejut jika tiba-tiba sangkut GDM waktu hamil dan risau akan menyebabkan risiko pada janin dalam kandungan. Maka, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal masalah GDM ini. Luangkan waktu anda untuk bertanyakan soalan mengenai GDM ketika hamil dengan Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengendalikan GDM ketika hamil bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 27 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam doktor. Maaf saya nak tanya. Saya dah masuk 2nd trimester. Boleh minum air kelapa tak? Sebab masa 1st trimester mertua saya tak bagi minum.

3y ago

Waalaikumussalam Puan. Terima kasih kerana bertanya soalan🙂 Setakat ini, tiada kajian saintifik yang mengatakan air kelapa membahayakan kesihatan. Maka, ia boleh diambil sepanjang kehamilan. Jika ada GDM, kekerapan pengambilan perlu dipantau kerana air kelapa mengandungi karbohidrat yang mampu menaikkan gula darah. Semoga bermanfaat🙂