Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Naluri Dietitian
Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Mesti ramai yang tertanya-tanya boleh ke ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak berpuasa sama seperti orang lain. Boleh sahaja! Namun harus ingat ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu supaya tidak mendatangkan kesan buruk pada diri anda dan bayi. Bagi mereka yang pertama kali hamil atau pertama kali menyusukan bayi, anda mungkin tidak berapa tahu tentang panduan berpuasa. Makanan apa yang bagus untuk diambil, bila perlu buka puasa dan cadangan-cadangan lain. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang panduan berpuasa untuk ibu hamil & menyusu bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 6 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin. Mungkin anda akan terkejut jika tiba-tiba sangkut GDM waktu hamil dan risau akan menyebabkan risiko pada janin dalam kandungan. Maka, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal masalah GDM ini. Luangkan waktu anda untuk bertanyakan soalan mengenai GDM ketika hamil dengan Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengendalikan GDM ketika hamil bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 27 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.