Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin. Mungkin anda akan terkejut jika tiba-tiba sangkut GDM waktu hamil dan risau akan menyebabkan risiko pada janin dalam kandungan. Maka, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal masalah GDM ini. Luangkan waktu anda untuk bertanyakan soalan mengenai GDM ketika hamil dengan Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengendalikan GDM ketika hamil bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 27 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya GDM on diet.. tiap kali BSP, utk ambil bacaan 2/4jam selepas main meals tu, antara waktu tu xleh makan atau minom ke? pastu.. adakah GDM ini akan kekal selepas bersalin? terima kasih

Baca lagi
3y ago

Assalamualaikum puan. Terima kasih kerana bertanya. Digalakkan untuk menjarakkan waktu makan utama dengan snek dalam tempoh 2 jam dan boleh minum air tanpa gula. Pastikan pengambilan porsi karbohidrat terkawal setiap kali waktu makan dan boleh bertanya pada dietitian atau pegawai pemakanan di KK untuk pelan pemakanan lebih terperinci. Jika dikawal dengan baik, GDM akan beransur pulih selepas bersalin. Namun, digalakkan tetap menjaga pemakanan selepas bersalin kerana risiko untuk mendapat diabetes adalah tinggi pada individu yang mempunyai sejarah GDM.