Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin. Mungkin anda akan terkejut jika tiba-tiba sangkut GDM waktu hamil dan risau akan menyebabkan risiko pada janin dalam kandungan. Maka, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal masalah GDM ini. Luangkan waktu anda untuk bertanyakan soalan mengenai GDM ketika hamil dengan Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengendalikan GDM ketika hamil bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 27 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

seawal bila GDM ini dikesan? adakah pada usia awal kehamilan? Bagaimana penjagaan makanan pada usia awal kehamilan untuk elakkan GDM?

3y ago

Assalamualaikum Puan Azy. Terima kasih kerana mengajukan soalan. GDM selalunya dikesan sewaktu minggu ke 24 - 28 kehamilan. Jika individu berisiko tinggi seperti berat badan berlebihan, ada GDM pada kehamilan lalu, sejarah bayi melebih 4 kilogram atau ada masalah lain semasa kehamilan (tekanan darah tinggi) mungkin pihak hospital/klinik akan melakukan pemeriksaan lebih awal iaitu semasa lawatan pertama. Doktor akan menjalankan ujian darah Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) atau 'minum air gula' ke atas puan untuk mengesan GDM. Penjagaan pemakanan pada usia awal kehamilan bagi mengelakkan masalah GDM termasuklah: - Lengkapkan pengambilan nutrisi seharian dengan hidangan seimbang mengikut pinggan sihat SUKU-SUKU SEPARUH. - Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap bagi mengelakkan pengambilan porsi bersaiz besar setiap kali waktu makan. - Kurangkan pengambilan makanan atau minuman bergula semasa lapar. - Gantikan dengan snek lebih sihat seperti buah-buahan segar bersama susu b