Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin. Mungkin anda akan terkejut jika tiba-tiba sangkut GDM waktu hamil dan risau akan menyebabkan risiko pada janin dalam kandungan. Maka, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal masalah GDM ini. Luangkan waktu anda untuk bertanyakan soalan mengenai GDM ketika hamil dengan Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengendalikan GDM ketika hamil bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 27 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

nak tanya dktor klu baby berat 1.7 mcm tu normal ke dktor 34mnggu dah.. ada tak tips nak naikkan lgi berat bby dlm kandungan sya

3y ago

Terima kasih puan kerana bertanya soalan🙂 Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana saya bukan doktor perubatan. Harap puan boleh berbincang dengan pakar perubatan mengenai berat badan bayi puan dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, puan dinasihatkan untuk mengikut keperluan nutrisi yang dicadangkan kerana janin membesar melalui pengambilan nutrisi ibu🙂 Semoga bermanfaat🙂