21 Balas

salam Dr.nak tanya kenapa ibu yang mengandung ada GDM tidak bole lebih masa due date? sedangkan baby tidaklah besar mana.

Waalaikumussalam Puan. Terima kasih puan kerana bertanya. Maaf, saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat pada jawapan ini kerana ia perlu pengesahan dan pemantauan daripada pakar perubatan. Keputusan dibuat atas pemerhatian tahap kesihatan puan. Harap puan boleh mengikut nasihat pakar perubatan di hospital dan klinik🙂

Saya GDM. Terus kena makan ubat metformin. Skrg nmpk undercontrol. Boleh ke sy stop ubat tu skrg?

Maaf Puan. Saya tidak boleh memberi jawapan secara tepat kerana saya bukan doktor perubatan. Harap puan boleh berbincang dengan pakar perubatan di hospital atau klinik kesihatan dengan lebih terperinci mengenai ubat-ubatan🙂

TapFluencer

Salam Puan, Bagaimana cara ingin mengawal masalah GDM ketika hamil? Terima kasih.

Assalamualaikum Puan Nora. Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Penjagaan GDM juga sama seperti diabetes mellitus biasa iaitu - Kawalan jumlah karbohidrat seharian - Pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi, mee, roti, oat, ubi-ubian berbanding karbohidrat ringkas seperti hidangan manis, kuih atau minuman bergula - Pengambilan hidangan seimbang iaitu karbohidrat digabungkan dengan hidangan lain seperti protein dan serat untuk mengurangkan glycemic load bagi mengawal gula darah. Dinasihatkan juga untuk berbincang dengan pakar perubatan atau dietitian di hospital/klinik bagi pelan pemakanan yang lebih lengkap dan bersesuaian dengan keadaan puan🙂 Semoga bermanfaat🙂

adakah oat sesuai untuk ibu mengandung?

Assalamualaikum Puan Hayati. Terima kasih kerana bertanyakan soalan🙂. Ya, oat sememangnya sumber karbohidrat yang tinggi serat dan elok diamalkan bagi meningkatkan pengambilan serat seharian di samping sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan serat yang mencukupi dapat mengelakkan masalah sembelit yang sering dihadapi oleh ibu mengandung. Oat juga merupakan karbohidrat baik untuk mengawal gula darah jika Puan ada mengalami masalah GDM kerana kandungan serat yang tinggi dapat menstabilkan gula darah namun harus diambil dalam kuantiti yang bersesuaian. Semoga bermanfaat🙂

bila dr nk jwab soalan ni?

Dekat post ni dah mention awak. 27/04/23

TapFluencer

dkt mna tu ya

Dkt mn ye

Sembelit

VIP Member

❤️

👍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan