Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Di sini saya ingin membincangkan dengan anda tentang pengambilan susu kambing untuk merawat jaundice. Anda pasti tertanya-tanya, adakah susu kambing boleh di minum sesuai untuk bayi baru lahir? Adakah ia boleh mengurangkan jaundice? Apakah khasiat dan kelebihan susu kambing? Adakah ia boleh menurunkan bacaan jaundice? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara merawat jaundice dan adakah susu kambing elok untuk diminum bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang pada 15 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang
9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi DR S 1) Bolehkah ibu yg breastfeeding mengambil jamu herba contoh seperti jus campuran dengan herba manjakani semasa bayi dalam keadaan jaundice? S2) Ada tak cara kaedah yang efektif untuk beri susu kambing kepada bayi yang fully breastfeed? S3) Dr boleh bagi suggestions tak produk susu kambing yang terbaik untuk diberikan? Adakah yang semata hanya boleh susu kambing saja ke atau susu kambing pra campuran atau kedua2nya boleh? kena consume berapa Kali sehari untuk bayi yg kena jaundice? S4) Jika bayi tak sesuai dengan susu kambing, apakah ada cara atau kaedah lain yang boleh diambil untuk kurangkan jaundice? sekian itu sahaja. Terima Kasih

Baca lagi
2y ago

1. ibu yang sedabg breastfeeding digalakkan utk memantau diet pemakanan/ pengambilan ubat traditional kerana sesetengah kajian mendapati ubat traditional boleh menyebabkan baby dapat jaundice. 2. baby yang exclusively breastfeeding tidak memerlukan susu tambahan. ibu hanya perlu feeding on demand. 3. baby berumur bawah 1 tahun tidak digalakkan utk mengambil susu kambing sebagai gantian. 4. jaundice bayi boleh dikurangkan dengan effektif menerusi phototherapy ( jikalau paras bilirubin terlalu tinngi) atau menerusi feeding regular setiap 2 hingga 3 jam untuk memastikan bayi ada kencing / berak 4 hingga 5 kali setiap hari.