Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Cuaca yang tidak menentu ketika ini telah menyebabkan ramai bayi dan kanak-kanak mengalami demam, selsema dan batuk. Sebagai ibu ayah, anda pastinya berasa susah hati dan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk merawatnya. Cara mengurus demam, batuk dan selsema ada pelbagai kaedah. Namun ibu ayah perlu tahu bahawa setiap rawatan yang diberikan kenalah betul dan selamat. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengurus demam, batuk & selsema anak bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor dari Speedoc pada 13 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Doctor, nak tnye kalau bby demam waktu mlm shj, itu petanda apa ye?? Camne rasa nk kurangkan panas badan baby yaa, sbb da mandi dgn air suam, bby juga kuat menyusu. Kalau bby selsema dan batuk nk buat mcm mana yaa?

3y ago

Hai, mengikut fisiologi semulajadi badan kita, suhu badan akan naik pada waktu petang berbanding pagi. Andai kata bila suhu anak naik, perlu di check menggunakan thermometer dan demam adalah jika suhu badan melebihi 37.5’C. Demam merupakan indikasi bahawa antibody badan sedang melawan virus atau bakteria dalam badan. Bayi senang mendapat jangkitan kuman, kerana sistem immuniti mereka yang belum matang. Pada waktu bayi sedang tidak sihat, mereka akan lebih banyak menyusu, kerana ia merupakan cara yang dapat menenangkan diri mereka, dan susu badan juga memberi antibodi kepada bayi untuk melawan penyakit. Cara until mengurangkan panas badan adalah menggunakan 1/ Paracetamol - boleh diberikan pada umur melebihi 2 bulan, namun dos adalah mengikut berat badan, oleh itu harus melakukan konsultasi bersama doctor sebelum memberikannya 2/ Lap badan menggunakan air suam di seluruh badan Jika baby selesema dan batuk, harus dapatkan rawatan doctor untuk menilai keadaan bayi dan kesusaian uba