Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Cuaca yang tidak menentu ketika ini telah menyebabkan ramai bayi dan kanak-kanak mengalami demam, selsema dan batuk. Sebagai ibu ayah, anda pastinya berasa susah hati dan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk merawatnya. Cara mengurus demam, batuk dan selsema ada pelbagai kaedah. Namun ibu ayah perlu tahu bahawa setiap rawatan yang diberikan kenalah betul dan selamat. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengurus demam, batuk & selsema anak bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor dari Speedoc pada 13 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor. Nak tanya sikit soalan kat bawah. Demam: - Betul ke hanya perlu bagi paracetamol apabila suhu mencecah 38°C? Kalau demam sikit mcm 37.8°, tak perlu beri paracetamol? - Boleh saya bagi bayi 8 bulan paracetamol di rumah tanpa ke klinik? - Berapa kerap paracetamol boleh diberi? - Boleh lekat koolfever kat baby? Boleh lekat bahagian lain selain drpd dahi? Batuk: - Macam mana nak buat baby selesa sikit kalau selalu batuk selain drpd bagi ventolin syrup/inhaler? Selsema: - Adakah Bactek perlingual spray yg diberi melalui mulut berkesan agar baby tidak mudah kena selsema? - Adakah risiko utk dpt asma lebih tinggi kalau baby selalu dpt selsema dari pusat asuhan? Baby sy dah warded 2 kali sbb RSV

Baca lagi
3y ago

Sama sama!