Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Cuaca yang tidak menentu ketika ini telah menyebabkan ramai bayi dan kanak-kanak mengalami demam, selsema dan batuk. Sebagai ibu ayah, anda pastinya berasa susah hati dan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk merawatnya. Cara mengurus demam, batuk dan selsema ada pelbagai kaedah. Namun ibu ayah perlu tahu bahawa setiap rawatan yang diberikan kenalah betul dan selamat. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengurus demam, batuk & selsema anak bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor dari Speedoc pada 13 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1. kalau baby batuk, mcm mana nak mengurusnya?, sbb baby tak bole makan ubat lagi ,just harap susu je kan. 2. baby on off badan panas normal ke time musim panas mcm ni?, tambah waktu ptg/malam. 3. last, kalau baby demam, bila waktu sesuai utk mandi/lap . kalau mandi/lap awal pagi guna air suam2x panas okay ke?, tambah time badan panas, sebab ada stgah org tua ckp tak boleh. tapi setahu saya, bila badan anak panas, kena lap badan/pelipat sampai badan dia kembali normal. maaf, nak kepastian bab ni .

Baca lagi
3y ago

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1/ Penggunaan ubat batuk bergantung pada umur bayi tersebut, jika kurang 2 tahun, tidak digalakkan. Ia boleh di uruskan dengan melakukan fisioterapi dengan melakukan chest percussion. Jika anak demam dan batuk melebihi 3 hari, ada kesukaran bernafas, nafas laju, tidak aktif atau kurang makan dan minum, harus bawa ke klinik atau hospital dengan segera. 2/ Ya, adalah normal untuk suhu badan turun naik dengan suhu persekitaran, tapi jika panas badan melebihi 37.5’C, ia dikira demam 3/ Jika baby demam, harus turunkan suhu badan melalui dua cara - Paracetamol - boleh diberikan pada umur melebihi 2 bulan, namun dos adalah mengikut berat badan, oleh itu harus melakukan konsultasi bersama doctor sebelum memberikannya - Lap badan menggunakan air suam di seluruh badan Bayi boleh dimandikan 2 kali sehari, menggunakan air room temperature, adalah tidak digalakkan untuk menggunakan air panas jika anak sedang demam.