Hb Low

Salam. Saya kandungan 22 w. Hb sy low. Nurse kk bagi iron dan folid asid utk dimakan. Sy dah cuba makan makanan yg bole membantu hb naik . Bila sy chck hb makin turun . Apa perlu sy buat ya utk naik kan hb. Skrg sy kerap kebas kaki dan tangan. Kadang nak berdiri pun tak boleh lama.

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kurangkan mengambil teh,kopi dan milo. Sebab sesetengah minuman /makanan bercoklat ada sedikit kafein. Selain tu amalkan sayuran hijau mcm brokoli,bayam dan lain2. Banyakkan pengambilan jus buahan yg segar. Dan amalkan supplimen yg klinik bagi. Makan dgn cara yg betul...ambil sejam sebelum mkn atau ambil 2 jam selepas makan..hanya boleh ambil supplimen ni dgn minum air kosong atau jus buah utk cpt proses penyerapan.utk hilangkan kebas..jangan duduk pd satu posisi dgn lama..kalau kaki kebas rehat dan tnggikan kaki dgn letak atas bantal tggi

Baca lagi

Doktor pesan dkt sy sruh mkn ikan bilis d stiap hidangan..sbb ikan bilis mampu menaikkan hb dgn cpt..selain tu,Dr.pesan mkn jambu batu,kerang,hati ayam,bayam... Sy pon tgh struggle skrg nk naikkan hb...hb sy drop dr 11.8 ke 10.8..sbb sy kerap minum air cappucino dan air teh...tadah telinga kene bebel dkat doktor ..dh tau xbleh minum knapa nk minum jgak..😎hurmmm sabr je la ..salah sy jgak xdisiplin..hahahah apa2 mintk2 la hb sy cantik lg..

Baca lagi

Saya penah jd pada ank prtma dulu,bila hb low mmg kita akn jd mamai...ank kedua ada kwn suh beli dr farmasi ubat obimin..lps pd 2 saya mkn hya utk 2 bln terakhir ja alhmdulillah smpi ank ke-4 saya xdak mslh hb low lg...ubag klinik bg mmg saya xleh telan,bau kuat sg,yg len mkn kerang,ikan bilis,bym merah,hati ayam pun saya mkn....cuba la...

Baca lagi

Sis blh try minum ubat maltofer. Dulu sy masa mengandung hb low sgttt.. sampai hb sy 8. Lepastu sy kena masuk wad. Huhuhu. Dokter bagi saran sy utk minum ubat ni, ubat ni sedap. Rase coklat 🤣 sbb sy x blh makan ubat drpd klinik, sy selalu nya muntah kalo mkn ubat tambah darah dr klinik. X tahan bau dia, bau mcm darah 😅

Baca lagi

Rajin amalkan makan Kurma. In Sha Allah. Masa sy pregnant dulu suka rendam Kurma n minum air nya, bagus untuk baby juga. Then, teruskan makan iron(iberet folic) , amalkan pemakanan beriron tinggi, sayur2 hijau mcm pucuk paku, brokoli dll. n minum susu lengkap untuk ibu mengandung. Mudah2an membantu 😘

Baca lagi

Sy try mkan mcm2..amik pati delima gulsan + pati kurma. Minum susu kambing Lazz, minum tihani cikang, makan buah jambu batu..vco..hahaha. Ubat klinik xpernah tinggal. Jadi aritu dr 10.2 naik lah sikit 10.7. Now cuba stop ubat kk bg and amik sangobion. 😜 tgok boleh naik atas 11 x..

Sama. Hb low jugak. Doc suruh makan iron tu 2 pagi 2 malam. Minggu depan check up harap ada perubahan. Sebab ubat pun dah bertambah. Cuma amik air masak dan air gulsan campur madu je. Harap bertambah la. Pening pulak dengar nurse dengan doc bebel. 😵

Hari tu saya hb drop dari 11.9 ke 10.2 . Kena amik darah , tapi seminggu sebelum amik darah tu saya hari hari makan zincofer dua biji minum bersama sunquick suam secawan tanpa gula . Cuba lah . Mana tahu berkesan .

VIP Member

Semua ubt kk sy tkleh msuk. Last2 doktor pakar suruh dy beli ubat di farmasi. Ubat kemam coklat. Tk muak pun dn tk mual. Sy skrng makan malfoter. Alhamdulillah hb tiap kali checkup makin cantik☺️ try la cuba beli

4y ago

Tak muntah langsung.. tk sis ini kemam sje rse coklat😍

Sya pon same sis, mcm2 ubt dh try mkan...and mcm2 mknan yg tmbh drah dh try mkn, but mkin trun...dri 10.2 trun jdi 9.4, and brape hri leps sya pnye check up tgok result HB trun lgi 8.9 😫😫 tk fhm btol...