Salam moms.
Sy nak cerita kisah hidup sy yg sedang sy pertahankan.
Mungkin boleh jd pengajaran buat kita semua 🥰
Awal tahun lepas sy dititipkan rezeki hamil setelah 4tahun ttc.
Kami suami isteri terlalu gembira setelah dapat tahu sy hamil sudah 6weeks masa tu.
Allah menitipkan memakbulkan doa kami setelah usaha sy ulang alik rawatan kesuburan di klinik selama hampir 1 tahun.
Oleh kerana keterujaan kami, kami memberitahu semua ahli keluarga dan sanak saudara.
Bahkan di media sosial juga kami telah membuat status kiasan mengatakan doa kami telah dimakbulkan.
Ramai rakan2 teruja dan mengucapkan tahniah buat kami.
Dalam semua org bergembira, rupanya kami terlupa, ada satu golongan yg tidak gembira mendengarkan perkhabaran tersebut.
Golongan itu sering stalk kami dgn akaun palsu walaupun kami sudah block akaun sebenarnya di semua media sosial oleh kerana tidak ingin ada sengketa lagi.
Golongan tersebut adalah org yg selalu berusaha menjatuhkan kami dgn pelbagai cara, mereka-reka cerita di media sosial, mengebarkan aib(yg ditokok tambah) kami pada org2 kg, merosakkan hubungan adk beradik kami smpai adk beradik pernah membenci kami laki bini kerana terlalu percaya akan fitnah golongan tersebut.
Namun Allah masih menitipkan sabar buat kami.
Kami hidup dgn cara kami tanpa hiraukan mereka2 yg membenci kami.
Dia membenci kami, namun hari2 dia intai kisah hidup kami dan sanggup bertanya-tanya org lain tentang keadaan kandungan sy.
Dia juga pernah mencabar sy utk bertumbuk di saat dia tahu sy sdg hamil.
Mungkin niatnya nak buat sy keguguran.
Namun sbnrnya pd saat itu dia belum tahu, Allah telah menguji kami, kandungan hanya bertahan sehingga 3bulan shj, mungkin kerana selalu memikirkan apa yg akan dilakukan oleh dia yg tidak berkesudahan, tertekan tanpa sedar.
Kami bersedih hati, dan kami berdiam diri tidak memberitahu sesiapa pun selain ibu dan ibu bapa mertua.
Setelah beberapa bulan, kami mendapat berita(daripada org yg dulunya baik sgt dgn si dia), namun skrg sudah undurkan diri kerana merasa semua yg dilakukan si dia adalah salah)
Katanya, si dia(golongan tersebut) selalu bertanya2 adakah sy benar2 mengandung? Kerana perut tidak nampak membesar. Dan yg paling mengejutkan kami, si dia berkata ingin melihat kami laki bini bercerai berai.
Allahuakbar, betapa hitamnya hatimu sampai sebegitu ingin melihat kami menderita.
Sampai ke hari ini pun si dia masih mencari tahu tntg kami, namun apa lg usahanya utk jatuhkan kami, kami pun tidak tahu.
Kami serahkan kepada Allah.
Jadi pengajarannya di sini, bukan semua org gembira dengan kebahagiaan kita 🙂
Sorokkanlah kebahagiaan agar tidak ada hati yg membara dan amarah sehingga mendatangkan keburukan pada kita.
#pengajaranbersama #Jagadirisemua
Anonymous