siapa pernah kena macamni? dan apakah kategori penyakit kulit ni pada bayi umur 5bulan

salam.. mommy semua.. sy nak tanya.. siapa anak yg penah kena mcmni.. simtom jadi start anak baru masuk 5 bulan.. asalnya bintat mcm kena gigit nyamuk.. kemudian jadi banyak.. bila sapu cream hilang.. kemudian jadi balik.. lama lama trend bintat ni berubah jadi mcmni.. apa patut sy buat? anak mmg takde masalah kulit sejak lahir.. bila usia cecah 5bulan baru jadi mcmni.. tiada pertukaran susu, sabun mandi dan sebagai nye.. semua pakai brand sama sejak lahir… dah banyak klinik pakar kulit sy pegi. tetap sama tiada perubahan.. apa patut sy buat 😭#pleasehelp #seriusnanya #bantusharing #ingintahu

siapa pernah kena macamni? dan apakah kategori penyakit kulit ni pada bayi umur 5bulan
7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

🙋🏻‍♀️. Berdasarkan gambar sama macam apa yang anak saya lalui, Puan. Anak saya ada di bahagian kaki. Mula2 satu tompok di sebelah kiri, lama-lama jadi beberapa tompok dan mula merebak di kaki kanan pula. Saya bawa ke klinik biasa, doktor bagi calamine lotion. Tak hilang juga. Saya bawa anak ke paediatrician saya pula. Doktor diagnosed ianya ringworm. Doktor ada bagi ubat cream untuk sapu 2x sehari selepas mandi. Doktor juga ada bagi pesanan yang ringworm ni kulat yang berjangkit apabila ianya basah. Jadi doktor nasihatkan untuk asingkan penggunaan tuala. Masa anak saya jadi begitu, saya guna 2 tuala. Satu tuala khas untuk lap bahagian kaki. Satu tuala untuk lap rambut dan badan. Alhamdulillah. Dalam masa 3 hari, dah kering dan hilang. Parut pun tiada. Saya sarankan Puan bawa anak ke klinik pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Saya tak berani nak cadangkan sebarang cream untuk anak Puan sebab saya sendiri akan rujuk paediatrician juga. Harap membantu dan semoga baby cepat sembuh 🌹

Baca lagi
8mo ago

Hi👋 Saya pakai cream yang khas untuk kulat. Tak pakai calamine. Doktor kata calamine tak berkesan untuk merawat jangkitan kulat. Sorryy 🙏Saya tak ingat cream apa yang doktor bagi. Anak saya kena masa umurnya 8 bulan.