Private Hosp or CL

Salam. Hi mommy semua. Sy bakal lahirkan anak yg pertama Disember ni. Nak tanya pendapat mommy semua, misalan dgn bajet 5k.. mommy pilih spend untuk bersalin di private atau hire CL semasa bersalin? Mana yg lebih byk benefit? Awalnye sy decide nak bersalin di swasta memandangkan ini anak yg pertama, tak ada pengalaman. Jd sy inginkan proses bersalin yg lancar dan tenang. Selain tu suami mahu menemani sepanjang di hospital nanti. Kalau di GH byk prosedur kan kalau suami nak teman? Pastu, sy terfikir pulak tentang berpantang. Ibu sy tak begitu cekap utk jagaan berpantang mmndangkan ibu pun arwah nenek yg jagakan dari awal hingga akhir pantang. Sy tk mahu susahkan ibu mertua sebab ibu mertua pun sdg menguruskan ayah mertua yg telah uzur. Jd sy dlm dilema. Nak spend duit utk bersalin private atau hire cl utk pantang nanti. Nak spend utk dua2 mcm over budget. Maaf panjang post sy. Hrp mommy semua dpt bg buah fikiran. Terima kasih 🤍🤍

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

5k tak cukup untuk bersalin di swasta. Walaupun tengok package bersalin 3k je tp kena standby atleast 15k-20k incase ada komplikasi mcm kena emergency czer, atau bby kena warded, always prepare for the worst. Mcm sy bersalin swasta, package asal 3k, tp sbb sy kena induce 2x, tambah 1 mlm lg sbb bby lambat keluar, pastu kena vacuum, epidural, total bill sy 7.5k. Tu nasib baik boleh normal, klau xde progress atau jantung bby dh lemah tpaksa czer, mau 15k bill. Doc sy pun pesan standby 15k incase kena emergency czer. So better duit tu hire CL jela sis, seriously sgt2 berbaloi. Waktu pantang tu la yg paling stress, xdpt tidur, bby meragam, 1 bdn sakit, bengkak susu, emosi x stabil, mcm2. Boleh kena depression.

Baca lagi
3y ago

thank you sis atas pendapat 😍