Hanya nak meluah 🥲

Salam mommy semua, saya nak minta nasihat dan semangat. Anak baru 8 bulan dan masih susu badan tapi keadaan tak mengizinkan dan saya terpaksa bantu suami untuk kukuhkan ekonomi kami dgn keluar bekerja. Kalau bukan saya yg bantu, siapa lagi🙃 Saya tak tahu nak mula bagi susu botol dekat anak macam mana sebab dia mmg df je dari lahir. Saya sedih sangat terpaksa putuskan dia susu badan walhal susu sangat sangat cukup.. 😢 Anak saya pulak dari lahir mmg tak pernah berbuai, saya terfikir macam mana nanti pengasuh nak tidurkan anak saya. Sabar ke dia layan anak saya untuk tidur 😭😭😭 Saya jenis tak percaya orang jaga anak saya dan sampai sekarang saya masih tak carikan pengasuh utk anak lagi. Tapi bila saya cuba slow talk dgn husb, husb pun pujuk saya baik baik.. mmg ini jalan terakhir kami.. dua dua kena keluar bekerja... saya cuba terima hakikat sikit demi sikit.. minta tunjuk ajar mommy semua, apa keperluan untuk hantar anak ke pengasuh? Macam mana nak mulakan anak susu botol? Saya tahu ramai yg hantar anak ke pengasuh tapi ok je. Kenapa aku tak boleh itu ini. Bila kena pada diri hanya allah yg tahu rasa sedih dia... Minta nasihat, pengalaman dan doakan saya kuat untuk hantar anak ke pengasuh ya semua.. tq🥲❤️ #pleasehelp #bantusharing #firstbaby

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pertama sekali set U mind cari rezeki dan hantar anak pada pengasuh kerana AllahSWT .. kedua latih anak susu botol sekerap yg mungkin dengan cara bila anak menyusu badan tarik perlahan masukkan susu botol bergilir gilir dengan susu badan sampai satu step biar lama susu botol dimulut anak dan kurang susu badan..bagi saya tak perlu hentikan susu badan saya ibu yg bekerja still pump susu anak dah nak masuk setahun Latih rmh pengasuh awal seminggu cuma masa tak perlu panjang Maybank blh hantar pagi ambil pkl 12

Baca lagi
2y ago

mybank pon boleh awak🙈. hee. mesti tengok buat something berkaitan mybank ni. smpi typo. 😁