Cek BSP hari-hari

Salam mommies, Nak tanya pendapat mommies. Saya baru balik dari appointment doktor pakar harini dekat KKIA. Saya GDM on Diet Control. Semalam gula saya naik sikit jadi 7.4 untuk 2 jam lepas dinner. Sebab 2 minggu lepas memang tak ambik gula langsung so gula drop jadi 3.7 untuk 2 jam lepas lunch. Jadi masa buat bsp semalam saya tak control sangat sebab memang lapar sangat petang tu. Nak pulak, kita baru balik kerja petang, terkejar nak makan dinner sebab nurse tak bagi lambat sangat buat bsp.#firstmom So harini bila jumpa nurse, dia bising sikit sebab naik. Bila jumpa doktor pakar pulak tiba-tiba dia suruh saya buat bsp tiap hari selama seminggu. Sehari kena cucuk 4 kali. Lepas jumpa doktor pakar, jumpa balik nurse, nurse pon terkejut doktor bagi arahan macam tu. Nirse pon terkejut, inikan saya yang kena buat tu. Memang sedih sangat sebab saya ni takut sakit sikit. Tak pernah lagi saya cucuk jari sendiri. Biasa suruh orang lain buatkan. Ada tak mommies luar sana kena macam saya?

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun kena juga, sis. Sebab ada history PCOS, Dr suruh minum air gula seawal 12 minggu, dah sangkut borderline. Lepas tu kena cucuk 4 kali sehari selama 1 minggu dan KKIA review. Dr advise diet dan monitor dulu nak ambil ubat ke tak. Lepas tu, hanya kena buat BSP sehari sebelum check up je. 4 kali cucuk. Stay strong, sis. Dia orang memang nak jaga your baby je walaupun cara KKIA tu keras sikit. 😃

Baca lagi
1y ago

Yang saya dengar memang the first time lepas sangkut kena buat profile selama 1 minggu untuk monitor diet, tengok bila gula naik dan turun etc. Selepas tu hanya kena monitor sehari sebelum setiap check up. KK akan sarankan join Dietitian class, very helpful too. Thanks, sis. 🩷 Semoga baby kita semua sihat walafiat. 😃