Salam mommies.
Ada tak yang ambil implanon dan period sepanjang bulan?
Situasi saya, saya mula ambil implanon bulan 9 tahun lalu.First month period on time ikut calendar period saya.Second month - third month period selama 2 minggu. Masuk bulan ke 4, saya period sepanjang bulan sehingga skrg. Ada waktu saya heavy period, dan selepas heavy period, saya light period/spotting, boleh pakai pantiliner sahaja.
Saya sudah consult dengan doctor tentang masalah ini, dan doctor cakap ini adalah normal. Tapi pada saya yang sebelum ini memang period teratur rasa mcm susah nak adapt dengan keadaan perlu pakai pad sepanjang masa.
Lagi2 nak masuk bulan ramadhan ni, ganti puasa pun belum cukup dan rasa was2 untuk puasa/solat dengan keadaan period, walaupun dah lebih dari dua minggu saya period & seterusnya dianggap darah istihadah, saya tahu saya boleh solat & puasa mcm biasa walaupun dgn keadaan begitu.
Ada tak mommies dekat sini hadap masalah yang sama? Mcm mana ya mommies bertahan dengan keadaan ni? Mcm mana pulak dengan sex life? Saya dah start fikir nak buang implanon ni.
Terima kasih in advance bagi yang komen.