Dapat tawaran kerja ketika hamil dengan gaji yang tidak berbaloi.
Salam mommies semua! Saya nak tanya pendapat dari seorang ibu baru yang hamil apa keputusan yang sewajarnya di ambil. Saya dapat kerja dan beberapa interview sekarang tetapi sekarang saya sedang hamil 6 bulan. Gaji yang ditawarkan kepada saya adalah RM1000 sahaja sebagai Sales Exec sedangkan saya ada pengalaman melebihi 3 tahun dan kelulusan. Mommies rasa jika berada di tempat saya sewajarnya ambil tak kerja mcm ni? Saya dah berbincang dengan suami dan beliau kata tak perlu kerja jaga aje kandungan sebaik mungkin di rumah. Tapi kita orang perempuan biasalah nak pegang duit sendiri, bekerjaya semua. Apa pandangan mommies di luar sana? Terima kasih