Mimpi buruk semasa mengandung

Salam, hi mommies semua. Pernah tak mommies mimpi pelik & menakutkan sepanjang kehamilan? Sya dah dua kali mimpi kasih susu baby. Sya tahu dlm islam mimpi kasih susu baby xbagus. Sebelum tidur sya mmg baca ayat kursi, 3qul sapu di seluruh badan dan baca 2 ayat terakhir surah al-baqarah. Yg ni kandungan ketiga sya, kandungan kedua sya 2tahun lepas baby meninggal dalam kandungan masa 25week, so sya mcm trauma dan takut sangat, kandungan yg kedua sya xpernah mimpi pelik sebegini. Mohon semua ibu doakan kandungan ketiga sya kali ni di lindungi dari perkara yang tidak baik dan selamat semuanya sampai bersalin nanti 🥹.

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya tiap mlm mimpi menakutkan sis. Sy TTC 8thn, jd bila pregnant, instead of teruja, sy jd takut. siap mimpi org nk ambil baby pon ada, smpai sy nangis2 dlm tido xnk bg baby. sblm mengandung mmg sy ada jumpa ustaz tp ustaz kata xda apa2, just amal surah yg sis amal tu tiap mlm sblm tido, and ustaz ada bacakan ayat jugak kat air mineral yg sy bwk utk tenangkn hati. mungkin sy terlalu fikir2 kot jd cmtu. apa yg sy buat utk tidur dgn tenang, mlm2 sy pasang ruqyah/surah al baqarah sepanjang mlm. xkuat mana pon, cukup utk sy dgr. baru sy blh tertido. kadang2 sy terjaga juga, sy ambil wudhu, baca ayat kursi, pasang blk al baqarah then bru smbung tido. Alhamdulillah baby dah selamat keluar skrg...

Baca lagi