Anak kerap menangis apabila ditinggalkan & main sendiri

Salam hi mommies! Anak saya usia 5bulan. Saya housewife. Anak saya kerap menangis bila saya tinggalkan dia sekejap untuk buat kerja kerja rumah, dia juga tak berminat untuk bermain sendirian. Sentiasa mahu berteman dan berdukung. Saya cuba tak memanjakan utk berdukung tapi anak saya akan menangis, sampai terbatuk batuk (anak bertuah😅). Saya akan tinggalkan dia bermain dgn banyak permainan, mcm2 bentuk dan warna yg menarik utk tarik perhatiannya. Tetapi dia hanya leka 1-5min shj. Apabila toleh tiada saya disisi pasti dia akan menangis. Mommies ada pengalaman dan tips? #bantusharing #ingintahu #pleasehelp #firstbaby #1stimemom

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi sis hihi biasalah tu baby lagi2 kita housewife susah nak buat kerja kan. Ini cadangan saya, letak baby dekat tempat yg dia boleh nampak kita, elakkan dukung masa masak sbb itu membahayakan baby & puan ya. Boleh letak dia dlm playpen tak pun pasang pagar antara dapur tu, lagipun itu boleh membantu anak dlm proses berdiri. Kalau siang nak masak, better masak masa anak tgh tidur ataupun sebelum anak bangun pagi. Tak pun siapkan bahan2 awal agar masak tu lagi cepat. Baby ni kalut bila tgok mak dia hilang je, bila baby dh paham yg mak dia ada situ & buat kerja dia slow2 tak amek kisah dah. Jgn galakkan baby main terlalu bnyk permainan pada 1 masa, itu boleh sbbkn baby cepat bosan. Anak saya masa umur mcm ni pun sama, siap bertenggek dekat kaki masa masak sampaikan maknya nak makan pun masa petang je masa bapaknya dh balik. Bila dh beralih bulan, alhamdulillah slow paham kalau maknya hilang. Bila baby dekat ruang tamu, dia akan buat bunyi mcm membebel so kita kat dapur pun sama melayan ala mcm berbalas2 cakap. Baby aaaaahhh ah babababa mamama, kita pun ya ibu dekat sini tgh masak ni. So baby pun paham & tahu kita ada walaupun dia tak nampak.

Baca lagi

Biasa sebab baby dah kenal mak dia. Saya biar je anak nanges kalau nak ke toilet ke, masak ke.. Yang penting dah bagitahu anak dan pastikan letak anak di tempat selamat. maybe boleh train main cak2. Mcm ckp kat dia ni mama p toilet sat ja, so masuk toilet 30 sec cak cak, pastu masuk toilet blek 30sec, bukak cak cak lg. Kalau dia nangis pon biar je. Bg dia phm yg mak dia x hilang selamanya. Pastu next day boleh try for 1 minutes, 2 minutes. Search baby language kat facebook. Byk info pasal tangisan baby.. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2767600496617348&id=126226717421419

Baca lagi

Huhu mengada sungguh. Saya anak bongsu masa kecil pun tak mcmtu. Cuba bertegas biar dia sorg sampai kerja sis siap. Mmg kesian tapi nak buat mcm mna, utk kebaikan dia juga. Org tgk pelik tau kalau anak tak boleh tinggal wlupn skjp. Takut nanti anak tak percaya pada diri sendiri. Dia tak percaya dia boleh jaga diri sendiri. Terlalu bergantung pd sis. Takut berhadapan dgn masalah sendirian. Tak tahu selesai masalah sendirian. Ataupun sis boleh cuba Google teknik2 yg berkesan utk masalah sis. All the best.

Baca lagi
3y ago

xla sis, dia bukan mngada, apelah yg budak seumor baru 5bulan hidup kat dunia tu tahu erti mngada or dimanjakan sgt, yg dia tau, dia takut nak brpish dgn mak dia, dia dh mnghampiri fasa Anxiety Separation, ras takut bila berjauhan dgn mak dia atau dia mgkin jenis bby yg suke bau mak dia melebihi segala jenis bau wangian kat dunia ni, tu nak lekat jek,hehe, benda ni normal sbenarnya, yg pntg mak jgn stress dan beri keperluan anak secukupnya, slow2 ajar bby utk memahami, berjauhan itu hanya smntara and mommy ade sentiasa utk awak..keep strong bby! gitu..

wsalam..normal je tu..ank sy umur mcm tu pun mmg X boleh x nmpk sy..skrg dh 1 thn 5 bln pun ada masanya mcm tu jugak..kne pulak sy skrg sarat mngandung ank ke 4 8 bln lebih dh lg la manja je..nk mlekat je.. klau sy nk g toilet pun mmg X boleh tutup pintu nnti dia nangis..hihi..apa2 enjoyla..makin ank mbesar nnti x de dh moment2 cmtu..

Baca lagi

Hehe sementara nk besar sis , mmg cmtu baru tggal kejap dah melalak mcm kena pukol . Insyaallah dah besar sikit dia blh pham . Bg tgk tv time kita nk buat keja tu

waalaikumusalam tu normal sis biasa la baby dia memang nak mama dia jer 🤣

wassalam....normal sis....bdak kdang dia takut duk sorang....