tanda bersalin

Salam momies. Sy dah 40w4d pregnant baby first ?. Hari sabtu lepas ada pergi hospital ingatkan sakit nak bersalin rupanya false alarm. Jalan baru bukak 1cm jd doktor suruh balik dlu. Tp pagi tadi sy rasa perut memulas2 tp taknak buang air besar pon. Memulas sakit sangat. Adakah tu pon tanda2 jugak? Perlu ke sy monitor jugak masa memulas tu sbb sakit on off. Baby masih aktif setakat ni. Harap ada yg sudi jawab. Thank you ?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

saya haritu pun macamtu jugak.. 3 kali saya pergi hospital sebab sakit sikit2.. check jalan baru bukak 1cm.. doktor suruh balik.. lepastu saya da tak pergi hospital da kalau sakit main2 jee sebab penat je nanti suruh balik jugak.. so saya tunggu bile2 betul2 keluar tanda nak bersalin baru saya pergi.. lepastu saya ade contraction start 5pm.. tapi sakit tu boleh tahan lagi.. so saya biar and layan sakit tu.. then berlarutan sampai malam.. saya takboleh tido sebab sakit makin kuat.. then saya pergi hospital pukul 2am.. sebelum check jalan tibe2 keluar lendir darah.. check jalan da 8cm, terus masuk labour room pukul 4am then bersalin pukul 6am..

Baca lagi
5y ago

Kalau ada contraction pon tak strong lah sis. Masih boleh tdo kalau sakit tuu. Bila bangun tido sakit pon hilang. Tak kerap. Sy dah 41week dahh. Ahad ni kena serah diri kalau masih belom ada tanda2 .

Sakit contractions sakit sampai ke pinggang dah sgt kerap. Mcm saya sampai nak berdiri pon tak boleh sbb terlalu sakit. Banyakkan jalan sis. Inshallah nnt cepat buka tu

Sis apa khbr? Dh bersalin ke? Sy hari ni 40w 4d. . Tp still xdak turun tanda apa2.. doctor bg lajak sminggu. 29hb ni kena serah diri. Kalau boleh biarlah sakit normal.

5y ago

Sy pergi hospital haritu 18hb. Doktor bagi 10 hari sblum serah diri. Air kelapa susahnyaa nak cari musim2 pkp ni. Hehe nak bersama selalu tak berapa nak ada mood. Sbb badan dah tak selesa kann. Dok pusing dlm rumah je lahh. Buat skuad dgn jalan itik mana yg larat.

Kalau rasa sakit mcm nk trberak, pastu sakit smpai ke pinggang tu tanda nk bersalin dh tu.. Jln nk terbuka, itu yg sakit

5y ago

Ok2. Mkn hr mkn nervous. Nk turun naik tangga pun rs mcm daki gunung

Jalan dah buka tu tanda no bersalin sis bnyak kan jln2 n squad insyaAllag cpt bukaan nya

5y ago

Sy hari2 jugak pujuk baby suruh keluar. Respon ada tp belom nak keluar lagi 😅