8Bulan
Salam, minta maaf ye nak bertanya pada siapa2 yang ada pengalaman. saya ni mengandung tanpa surat nikah, kalau saya beranak nanti ada risiko apa apa ke? anak saya kena amik kebajikan or else? sebab umur saya baru 17tahun kiranya, bulan 12 baru kira 18. saya buntu. tolong siapa2 boleh bagi pendapat tak?

Mula2 jangan panik, jangan stress2, insha Allah semua akan dipermudahkan 1. Pergi buat buku merah di klinik kesihatan. Jangan risau, jangan malu, nurse klinik kesihatan biasanya semua baik2 dan profesional. Diorg cuma kisahkan kesihatan ibu mengadung dan juga bayi dalam kandungan tu. 2. Ikut je ape nasihat nurse dan doctor. Bila kes yg melibatkan single parent, nurse akan lebih tumpukan perhatian kat adik. Akan ada sorang dedicated nurse yg akan sentiasa follow up dgn adik. 3. Nanti akan ada temujanji dgn doctor dan mgkn juga dgn jabatan kebajikan masyarakat. Diaorg akan bagi consultation dkt adik. Doctor biasanya akan minta nombor waris untuk dihubungi. Jabatan kbajikan masyarakat plk akan lebih concerned dgn hak penjagaan anak selepas bersalin. Jgn risau, JKM xakan ambk anak adik sesuka hati. Time ni terus terang, samaada adik nk jaga atau nk berikan kepada org 3. Bersalin nanti mcm biasa, dtg ke hosp bawa kad merah tu. Nanti selepas bersalin, akan ada org dr JKM lg akan datang. Masih untuk tanya hal berkaitan dgn anak ni samaada adik nk jaga atau tak. Selepas segala urusan dgn JKM selesai baru adik dan baby akn dibenarkan pulang. 4. Banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Jika adik perlukan pertolongan blh contact akak. Akak sedia bantu. 0163122352
Baca lagi

