Breastfeed tanpa minta izin

Salam kepada semua mommies. Saya nak tanya pendapat semua. Adakah saya salah sebab saya terlalu marah bila dapat tahu anak sulung saya di-breastfeed oleh saudara belah suami saya tanpa minta izin saya dan suami? Benda tu terjadi tahun lepas. Lepas tu tahun ni jadi isu hangat dalam family clan balik. Semua salahkan saya dan suami cakap benda tu benda kecil je. Perkara biasa. Alasan, taknak tengok baby nangis. Tapi dari segi agama hukum syarak, wajib meminta izin dulu kan? Orang yang menyusu anak saya tak boleh terima bila saya marah dia. Jadi dia jaja cerita dekat makcik2 dia pasal saya dan suami siap buat meeting untuk hasut semua orang benci saya. Sampai jadi timbul fitnah. Dia cakap saya block dia padahal dia yang block saya. Saya siap ada bukti lagi. Saya rasa stress. Sekarang ni saya pregnant anak kedua pula. Beberapa hari lepas saya dan orang yang menyusu anak saya jumpa face to face untuk settlekan hal ni dengan cara baik. Dan berjanji untuk taknak cakap pasal ni lagi dah. Tapi semasa hari raya Haji, dia dan makcik2 nya siap duduk satu table bercakap pasal saya lagi dan suami saya. Benda ni setiap hari dalam kepala saya semua benda jadi negatif. Diorang dok tengok kami semacam dan mengata macam2. Lagipun masa perjumpaan tu saya dah kata saya maafkan perbuatan dia tapi dia sendiri takboleh terima kesalahan dia dan sengaja nak timbulkan masalah balik dan perbesarkan isu ni. Hanya ibu mertua saya dan sorang individu lagi faham perasaan saya dan tahu cerita sebenar. Yang lain dengar one sided je. Apa patut saya buat? #advicepls #bantusharing

25 Balas

Memandangkan sis tahu dia duk satu table bercerita isu ni walaupun selepas dah settle face to face ada baiknya sis sound depan semua orang. Biar semua jadi saksi. Berhujah dgn fakta dan ilmu agama biar tercengang sikit

Kann kann. Sy pun akn buat yg sama. Tp masa nk brhujah tu jgn ckp kasar2, jgn marah2. Klu ckp marah2 nt dorang taknak dengar. Ckp elok2 lembut2 tp makan dalam diri masing2. Baru lah masing2 malu sikit. Percayalah bila kita basuh org dgn cara berlembut mcmni lebih terkesan dgn hati dorang.

tindakan sis marah tu betul dah.. so kalau nk sentap ke sindir ke apa lantakkan je.. nk hasut org ke apa.. pada sy janji suami,mak mertua brpihak pada sy.. dua ni je org penting. yg lain lantak kau la..

lantakkan dia..sape suruh susukan anak org tanpa izin..tiba2 nak playvictim pulak..yang percaya dia tu semua xde akal..percaya bulat2..bukan nak tanya sis pun..kalau bole xyah jumpa langsung senang

sis, bnyk kali ke ank kne bf dgn saudara tu ? hti2 sis tkut nnt blh jd anak susuan.

Baru sekali tapi saya memang dah maafkan dia. Part yang dia tak ikhlas dia minta maaf sampai sanggup jaja cerita tabur fitnah dekat orang lain tu, yang tu saya memang tak boleh maafkan dia sampai bila2. Ingatkan haritu dah jumpa face to face settle dah. Sampai cakap private and confidential takleh cerita dekat orang. Tapi dia sendiri pi buka cerita balik dekat semua orang saja nak besarkan lagi isu ni. Daripada kecik dah jadi besar.

geramnya baca

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan