Camne nk bagi baby prem kuat menyusu? Dan utk dia nak menyusu dada.

Salam ibu2 yang pernah ada baby prem.. saya bersalin 35 minggu scra czer. Baby kena tahan kat SCN 2 hari dan semalam dah boleh keluar sekali dengan saya. Bila bawak dia balik, dia memang jenis tidur je dan takkan bangun utk menyusu. Saya kejutkan pun kadang tak bangun, menyusu sambil tidur dan tak minum lebih dari 1oz pun. Breastfeed memang dia taknak langsung so trpaksa bagi formula dgn botol. Macam mana ya nak bagi baby senang bangun dan nak menyusu? Saya cuba geletek tapak kaki, gosok belakang utk kasi bangun, tapi macam tak efektif. Kalau dia sejuk je dia nangis.. dan mcm mne jgk nk bgi dia nak breastfeeding... Puting sy tak timbul sgt dan susu pun x bnyk lgi. Letak kt baby dia x hisap😭

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumussalam wbt sis Saya ada pengalaman lepas bersalin baby kena dok nicu 2minggu. Saya pon czer jugak. Lepas baby keluar tu ja dia terus masuk nicu. Seminggu pertama baby minum susu guna tiub… saya 2 3 hari pertama tu memang takda susu… tapi saya pam jugak2 … susu tak keluar pon saya pam jugak untuk rangsangan… alhamdulillah lepas tu susu keluar banyak… saya pam saya bagi nurse simpan frozen untuk bagi baby saya minum walaupun guna tiup… Doktor cakap selagi berat baby tak naik baby tak boleh keluar… Lepas seminggu saya dapat bilik untuk tidur di nicu… tapi tak dapat tidur dengan baby bilik ibu asing… Masa disana saya mintak dengan doktor untuk cuba bagi baby direct brestfeed… mula2 memang baby taknak… banyak kali cuba baby taknak sebab dah seminggu guna tiup dia tak biasa dan tak pandai hisap… lepas tu ada occupational therapist datang tolong ajar cara urutan keliling bibir mulut muka baby… saya cuba banyak kali jugak sebab fikir kalau baby tak boleh hisap direct baby saya akan minum susu guna tiup sampai dia besar… Alhamdulillah banyak hari saya cuba lama2 baby boleh hisap … alhamdulillah berat pon naik dan dapat keluat nicu… Untuk susu banyak sis boleh cuba urut breast… dan makan makanan untuk milkbooster… saya tak ambil supplement cuma amalkan sayur buah dan air banyak… Sis try pam… Untuk baby sis cuba buat urutan keliling bibir baby… muka baby… InsyaAllah…. Take care sis

Baca lagi
1y ago

alhamdulillah sy dah boleh bgi baby direct feed.. cuma dia kerap tertidur masa minum dan minum kejap2. doc ckp normal sbb bby prem mmg cepat penat, dan kena bnyk effort utk bagi dia tak tidur.. tapi berat tak naik pulek dri lahir.. ni dah hari ke 8. sy try balik guna botol susu lain, nasib baik dia nak minum.. harap berat cepat naik sebab kuning pun makin naik dh ni.

ubah mindset awak. utk ckp susu tak banyak. susu diawal kelahiran baby kita mmg sedikit dn agk likat. kita panggil susu colostrum. susu tu cukup utk size perut baby awak yg baru 2hari. 1oz tu dh cukup byk utk baby 2hari, awak. baby ada kuning ka? selalu nya baby yg ada kuning mmg akan kerap tido. 1) cuba buat oral stimulation 2) cuba main dagu baby 3) belajar 3 step nk tahu feeding que baby 4) boleh pakai nipple puller atau shringe atau nipple shield utk timbulkan nipple awak bila next appointment dkt nurse kk, minta nurse ajarkan awak mcm mana nk directfeed baby. jangan segan utk bertanya, okay😊

Baca lagi
Post reply image

Sy bru brsalin bulan 5 czer jga. Bby prem 35w 6d. Tpi bby x msuk nicu. Sama situasi mcm sis bby xnak bgn mnyusu. Sy bgi susu kat botol je. Susu badan trpksa pam susu dh bengkak. Sy try jga geletek tapak kaki smua ttap xjadi. Last dia kena kuning. Sy bgi botol smpai dia nk mnyusu sndiri dh bole buka mata sndiri. Skrg bgi susu badan je jrg dh guna botol. Bby 2bln lbih skrg🥰

Baca lagi

Mcm saye jugak… baby prem 35 mggu bersalin czer jugak berpisah dgn baby 4 hari.. 4 hari tu jugak baby x susu badan.. baby saye sampai skrg campur susu badan.. mula² memang die x reti isap.. sebulan lebih baru pandai isap.. tapi tu baby saye kurang minum susu badan die lebih pada botol.. xpe la janji baby sihat…

Baca lagi