Baby demam nak bagi minum susu Ibu/ubat?

SAlam ibu2. Kalau baby demam apa ibu2 buat? Bergantung pada susu Ibu semata atau bagi ubat demam jugak? Semalam saya ke klinik sebab anak batuk2 dan demam sikit. Bila balik makan ubat demam anak muntahkan dan nangis2. Mungkin tak sedap. Husband bising dekat saya sebab saya seolah bergantung pada ubat2 untuk bagi anak sihat. Saya masih susukan baby pada masa yang sama saya nak anak saya sihat jugak. Bukan saya kejam nak biarkan anak demam Dan tak ikhtiar cara lain nak bagi anak cepat sembuh. Bukannya saya catu susu tak bagi baby menyusu. Saya stress betul dengan keadaan tu. Ibu2 buat apa je kalau baby demam ye? Anak saya taknak makan ubat demam. Tolong saya. Baby umur 6 bulan

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

biar anak bogel pakai pampers je. baju seluar takyah. pastu jerlum/sponging anak setiap sejam, pakaikan stokin basah. tak perlu selimut anak. kalau boleh, off aircond, on kipas sahaja. tiap jam check suhu anak. kalau still panas, mandikan anak. esok pagi bagi anak berendam dalam besen, air suam + epsom salt + lemon (kalau ada). buat rendaman 2-3x sehari sampai anak sihat. pastu skin to skin dengan ibu atau ayah, seeloknya ayah. kalau anak demam sy buat tips macam ni, sehari dua dah kebah. anak start makan ubat demam pun masa umur setahun, sebab positif influenza, demam on off 2 minggu.

Baca lagi
5mo ago

Betul sis, saya pun buat dengan hsbnd mcm tu kat baby say,lagi satu saya pun cara, malam sebelum tido, buat air perahan air asam jawa, letak dalam bekas penutup, setiap sejam/2 jam, saya n hsbnd gilir2 jerlum kann guna air tu,kira malam je kami buat. Ubat pun kami bagi ikut time jugak. Alhamdullilah anak saya demam tak berlarutan, selsema + batuk pun hilang sekali, tak berlarutan. Walaupun dah baik, tapi kami masih mandikan air lemon kat dia tapi tak hari2