Demam taknak minum susu
Assalamualaikum mummies nak tanya kalau baby 8 bulan demam batuk selsema taknak minum susu nak buat apa ya ? Saya risau dh bawak anak ke hospital dan klinik takde ubat untuk batuk selsema ada tak tips untuk bagi baby minum susu?
waalaikumsalam, awak kna kerap buat tepukan percussion dan sedut hinggus, bnde tu sgt pnting.. ank sy bru sihat dri batuk, selsema.. mandikan dkt air suam+lemon.. satu lgi try beli mamz oil, mnyak habbatus sauda.. sy spray dlm mulut baby skjap je dh kurang batuk..
Baby saya pernah demam batuk selsema saya bawa gi hospital dr tanya susu & tido ok tak. Kalau ok, boleh pantau sendiri kat rumah dan spray hidung guna sterimar & sedut. Dr kata tapi kalau taknak susu, susah tido, dr akan tahan ward. Sebab takut dehydrated.
cara sy selain buat tepuk belakang badan, mandi kan dengan lemon+garam bukit pagi petang jangan guna sabun. biar kan anak rendam dalam air suam tu dalam 5-10min nanti hingus dia keluar. lepas mandi lagi banyak meleleh.
Waalaikumsalam. Awak kena kerapkan buat tepukan percussion dan sedut hingus baby. Bila dah keluar kahak atau lendiran tu baru baby akan rasa lega. Boleh buatkan anything soupy untuk anak juga. Bagi makan buah orange.