fibroid

As salam hye..8 weeks pregnancy with fibroid uterus.Bahaya tak ya?ad mummy yg ad pnglmn mcm sy?

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

wasalam sis, Secara normalnya fibroid semasa mengandung tidak merbahaya tetapi bergantung kepada di di mana kedudukannya dan adakah ianya membesar atau tidak. Kebanyakan kes, fibroid tidak membesar semasa mengandung dan tidak mengakibatkan apa-apa komplikasi utama kepada kehamilan atau kelahiran bayi. Masalah biasa yang mungkin terjadi ialah sakit pada bahagian peranakan dan pendarahan ringan (spotting), tetapi tidak menyebabkan risiko tinggi kepada kandungan.Pembesaran fibroid bergantung kepada paras estrogen di dalam badan. Walaupun secara puratanya kes fibroid ini jarang membesar semasa kehamilan, tetapi tetap ada sebilangan kecil yang mengalami pertambahan saiz fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan akibat pengaruh estrogen yang berada pada aras tertinggi semasa trimester pertama kehamilan. Fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Baca lagi