fibroid

As salam hye..8 weeks pregnancy with fibroid uterus.Bahaya tak ya?ad mummy yg ad pnglmn mcm sy?

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

wasalam sis, Secara normalnya fibroid semasa mengandung tidak merbahaya tetapi bergantung kepada di di mana kedudukannya dan adakah ianya membesar atau tidak. Kebanyakan kes, fibroid tidak membesar semasa mengandung dan tidak mengakibatkan apa-apa komplikasi utama kepada kehamilan atau kelahiran bayi. Masalah biasa yang mungkin terjadi ialah sakit pada bahagian peranakan dan pendarahan ringan (spotting), tetapi tidak menyebabkan risiko tinggi kepada kandungan.Pembesaran fibroid bergantung kepada paras estrogen di dalam badan. Walaupun secara puratanya kes fibroid ini jarang membesar semasa kehamilan, tetapi tetap ada sebilangan kecil yang mengalami pertambahan saiz fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan akibat pengaruh estrogen yang berada pada aras tertinggi semasa trimester pertama kehamilan. Fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Baca lagi

Apa perlu dibuat kalau disahkan ada fibroid semasa mengandung? Ibu yang mengalami fibroid ketika mengandung disarankan untuk melakukan pemeriksaan ultrasound berkala dengan lebih kerap untuk memantau saiz fibroid dan memastikan pembesaran janin boleh berlaku dengan baik. Pemeriksaan berkala dengan pakar perbidanan juga penting demi memastikan tiada apa-apa komplikasi atau kemungkinan keguguran, kesakitan dan kelahiran pramatang. Ibu-ibu juga dicadangkan mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat sepanjang kehamilan, bukan sahaja untuk kandungan yang sihat tapi dalam langkah “melawan fibroid” juga.

Baca lagi

ssntiasa berdoa kepada Allah swt sis . supaya kandungam sentiasa sihat juga ibu nya. 😊

6y ago

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ..terima.kasih sis..