12 Balas

VIP Member

Tips minum air gula: 1. Awak perlu berpuasa dari jam 10 malam hingga paginya. Hanya dibenarkan minum air masak sahaja. Ibu dinasihatkan kawal pengambilan gula, karbo. Supaya tahap gula rendah jadi tak sangkut GDM. Ibu juga dinasihatkan banyak minum air masak agar gula dlm darah stable. 2. Awak perlu dtg ke KK awal pagi. Sebab kalau dtg awal pagi, biasanya air gula tu baru je dibancuh. Jadi masih suam² dan mudah untuk ditelan dan rasa gula tak terlampau mengganggu tekak. 3. Tarik nafas dalam-dalam, fikiran mesti positif jangan fikir akan muntah. Fikir awak tengah haus jadi minum laju. Macam awak haus. 4. Lepas je minum air gula, cepat2 kumur mulut supaya rasa pekat air gula tu tak ganggu lidah dan buatkan rasa loya. 5. Rehatkan diri daripada buat apa² atau berpeluh. Sebab pergerakan badan juga boleh mempengaruhi bacaan pada darah kedua yang diambil setelah tunggu 2 jam. Ni nurse KK sy bagi tips. Kalau nak balik rumah dalam masa menunggu 2 jam tu, baring je jangan buat apa-apa. 5. Jangan lupa bawa minyak angin. Sebab minyak angin ni membantu kawal rasa loya.

Minum air gula ni tak seteruk yg diwar warkan. Skrg KK bg air gula berperisa oren. Sedap cuma manis sgt2. Sy minum sikit2, 30 minit jgk nak habiskan satu cawan. Sy BMI normal, takda history fam kecing manis dan berat pun ok je naik time pregnant tapi kena minum air gula sbb nurse kata dh umur 25 tahun ke atas semua kena.. tup2 sangkut jugak. Malam before tu dh puasa dari jam 10 malam. So kalau blh malam before tu jam 8malam awk dh stop makan. Datang awal, minum air gula cepat2 supaya awk ada baki 2 jam lebih sikit before cek darah supaya tak sangkut. Yg ni rezeki kot ada yg sangkut ada yg tak. Sy pun tak pasti nape sangkut.

wow sedapnya blackcurrent

kalau sy, sy puasa dari minum atau makan benda manis selama 3 hari sebelum hari minum air gula tu. Banyakkan minum air masak ye. Alhamdulillah tak sangkut dgn kencing manis atau apa² yg berkaitanlah.. Sehari sebelum minum air gula tu sy minum air masak je sampai laa pukul 10 malam sebab time tu dh kena start berpuasa sampaila minum air gula. Kalau boleh minum sekali nafas je. Sy haritu dapat air gula yang panas so memang tk boleh nak minum sekali nafas 😂 dalam 2, 3 teguk camtu laa baru habis, pikir positif je. Kalau rse mcm ada lekat² kat tekak tu boleh minum air masak sikit, sikit je ye biar hilang rasa loya tu.

thanks sharing 😊. boleh kongsi contoh apa yg awak makan spanjang 3 hari tu ??

Mcm saya minum masa suam suam and minum mcm mmg tgh dahaga teruk. Saya mmg stop makan minum awal jam 8 terus x makan and x minum dah. So basically jam 8 pagi next morning mmg dahaga teruk jadinya boleh minum terus 2 kali teguk . Tapi lepas minum mcm saya terus cari tmpt tdo terus utk 2 jam tu sbb bile byk movement akan jadi pening and tu yang nk muntah. So ngam 2 jam bangun tdo terus tunggu amik darah 2nd time. And kk tmpt sye ade tmpt myusu ibu yang org x pakai jadi boleh tumpang tdo sana

thanks sharing 😊

TapFluencer

saya baru amik air gula kedua betul2 lepas raya haritu. waktu minum tu, fikir minum air sedap mcm tealive ke apa 😂 sekali teguk amik byk n telan, pastu tarik nafas dalam dalam n sambung. so cepat lah habisnye. alhamdulillah takde sangkut walaupun raya sakan n balik langkawi puas makan chocolate

Kalau saya pilih air gula yang panas sebab yang panas tu texture dia tak likat so senang nak telan. Saya tak minum sekali teguk satu cawan, minum sikit sikit sambil relaks je. Tak teruk mana pun rasanya. InsyaAllah sis boleh. ☺️

thanks sharingg 😊

Masa Saya minum air gula kali pertama, Alhamdulillah tade pape. Boleh je minum sekali jalan.. sis ambik air gula yg panas or suam2.. minum seteguk banyak2. sebelum nak minum tu tahan nafas then minum air tu

TapFluencer

kalau mommy bmi normal, xde family history kencing manis + berat x naik mendadak, jgn risau.

thanks sharing 😊 risauu baru lps balik kg.. kt kg makan mcm3 tmbah kenduri😅 sblm nie balik xde selera makan sbb alahan teruk kali nie alahan makin oke

sy klau minum air gula. sy akn bg sejuk yg sedang2 dpt sekali trs minum.. 😂.

VIP Member

Jaga makan sepanjang pregnancy, itu tips confirm2 tak sangkut gdm.

Welcome, goodluck ya☺️👏

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan