12 minggu mengandung, boleh berpuasa?

Salam dan hi. Nak tanya, saya 12 minggu mengandung dan berpuasa. Tapi kadang2 saya lemah, sakit perut(sebab lapar kot). Waktu berbuka bila makan rasa tidak boleh nak makan dan rasa nk muntah. Patut ke saya teruskan berpuasa? Akan affect pada kandungan ke?

26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya skrg nie trimester ke 3 pn tak puasa..tu pn sbb doktor tak galakkan sy berpuasa sebab takut baby bermasalah sbb sy sendiri ada gdm..tu pn last minit tau bla scan, doktor kata air ktubn byk n baby besr..buat bsp sngkut time puasa jd skrg on ubat..jd sy ikut je ckp doktor, nnt puasa blh gnti..kita kna pk gak psl baby lam prut

Baca lagi

Klu dah rasa perut sakit better takpayah puasa sis . Ksian kandungan tu . Cuba baca article mngenai puasa semasa mengandung . Sy pun tgah preggy 6 weeks , stiap kli skit perut cepat2 minum air or kunyah apa2 mknan kjp lepastu mesti skit hilang .. so dripada situ dah tau mmg x boleh puasa . Tkut bby x ckup zat .

Baca lagi

Sy baru 14wk 1d hari ni. Sy ambil pendekatan puasa selang seli. Sebab hari kedua sy cuba puasa, bdn rasa lemah je. So hri kedua sy xpuasa. Esoknya puasa, lusa xpuasa dan mcm tu la smpai hari ni. Alhamdulillah takdelah lemah sgt rasa bdn bila puasa tu sbb dh topup hari yg xpuasa mmg asyik mengunyah je.

Baca lagi

Kalau x larat boleh buka je sis.. kalau ikut nasihat doktor, ibu mengandung yg dlm trimester pertama x digalakkan puasa. Sy hari2 bangun sahur, tp dlm dkt pkul 10-11 pagi camtu kena buka dah.. rasa mual2 & pening sbb perut kosong. Air kosong pun kena byk minum sbb kalau tak nanti rasa pahit mulut, mual2..

Baca lagi
5y ago

Sama mcm kita jugak mmy .. tp ad org x faham keadaan kita . Ckp kita ni suka2 xnk puasa .. tp it ok . As long allah tahu dah niat kita . And kita try ..

Jangan seksa or paksa diri untuk berpuasa kalau dah tak mampu. Berbuka je, puasa boleh ganti. Make sure diri sendiri and baby dalam kandungan dalam keadaan baik je. Ingat, awak tengah mengandung. Mungkin kita rasa kita cukup kuat untuk berpuasa tapi baby kita tak tahu apa condition dia.

Islam memberi kelonggaran pada ibu mengandung utk berbuka sis 😊 Hukum: Jika berbuka kerana risaukan dirinya maka wajib ganti puasa. Jika berbuka kerana risaukan diri dan kandungan maka wajib ganti puasa dan bayar fidyah sekali. Sumber: artikel blog Mufti Wilayah Persekutuan

Baca lagi
VIP Member

puasa memang wajib tp jangan paksa sampai mendatangkan beban pada kandungan dan diri sendiri. time berbuka makan makanan seimbang, banyakkan buah buahan dan serat. untuk hilangkan muntah cuba makan masam2.

saya tak puasa sis. sebab saya tak tahan lapar. sis kena tengok kemampuan diri boleh puasa tak. seeloknya bagi saya dengan keadaan sis cakap tu, tak harus puasa. kesihatan sis n baby lagi penting.

Saya puasa ke 3 risau sangat dekat baby. Hari ke 4 saya dh xpuasa. Sebab xsedap hati. Taknak ambil risiko. Sebab saya rasa saya xkuat nak puasa. Xpelah. Ganti je la 27 hari lagi hahahaha

VIP Member

Sis, common sense lah😅 Awk dh rasa lemah, sakit perut semua tu, x tkut ke nk teruskn jugak puasa? Puasa blh ganti, tapi kalau hilang anak belum tentu boleh dapat lagi