Usia Bayi Berjalan
Salam buat semua.. Saya tahu, setiap baby ada milestone nya sendiri. Baby saya sekarang 1 thn 2 bln, boleh berdiri dgn bantuan, dan masih takut2 nak melangkah sendiri, nampak lebih selesa merangkak. Boleh share pengalaman mommies, pada usia berapa baby boleh berjalan ya?
Anak sy pun sama sis 😅 dh 14 bulan, tgh berdiri, baru mula nk Lepas tangan. Hehehe.. Hrtu ada juga tanya dkt doktor, dia ckp sebenarnya kalau merangkak lebih lama, lbh bagus.. cuma baby yg normal sepatutnya berjalan sebelum 18 bulan tak silap saya. Kalau dh 18 bulan Masih belum berjalan, mmg kena risau and refer kpd doktor. Anak2 saya yg sebelum ni, cepat jugak berjalan, si abang 10 bulan dh jalan, kakak pun belum setahun dh jalan. Cuma yg Adik ni lambat sikit.. Awal2 risau jugak, tp bila dh tanya doktor , lega sikit.. cuma kita kena slalu rangsangkan dia utk berjalan. Kalau sis nk kepastian, seeloknya jumpa doktor, biar kita boleh tidur lena, kalau x, asyik pikir bukan2 je 🙈💜
Baca lagiGenap 14 bulan 3 hari baru dapat kaki. Dari usia 8-9 bulan tiba-tiba pandai berdiri, jalan tapi pegang objek (katil, kerusi). Bila bawa dia melangkah dia duduk merengek terus so tak paksa dia untuk berjalan. Teruja konon kot la anak ni skip crawling terus nak berjalan tapi mana ada. Hikhik... Merangkak pun tidak, tapi dia mengensot (buttock crawling) tapi Paeds yang tengok kes anak saya pun cakap no worries. Sekarang ni 'risau' masih tak boleh cakap (sebut) perkataan pula. Kalau dengar bunyi anjing menyalak dia tiru tapi uh uh uhhhh ja la keluar bunyi.
Baca lagiBaby sy 1/1month gak. Klu dia nk jln tu kena biarkan. Ada baby kena galakkan tp baby sy tak suka. Bila kita tepuk tgn dia terus duduk dan taknk jln. Klu boleh biarkan dia berdiri sndiri tnpa bantuan dan urut2 lutut dia circular motion. Betis dan peha juga.
baby saya time 1 tahun 3 bulan baru pandai jalan tu pun lepas urut lutut dia. memang berkesan maid yang ajar. bru 2 hari urut da pandai jalan 😁. tapi lepas tu saya beli baby walker yang jenis tuk baby tolak tolak tu utk train dia lebi confident
Org tua2 punya petua, bagi anak pijak rumput embun pagi. Masa anak sulung dulu selalu juga buat. Lambat berjalan 1 tahun 5 bulan baru boleh berjalan. Ank2 lain (no.2-3) 10-11 bulan dah boleh berdiri,tatih2,jalan jatuh.
Anak lelaki sy berjalan umur 1y4m.dia agak overweight.hehe.time checkup 1y3m nurse pesan klu masih x bjlan 1y6m kena refer pakar.normal start 9m-1y6m baby akan mula bjalan.
ank sy mula bjalan masa 11bln..kalau boleh biarkn je dia bjalan sndri, biar kaki btl2 kuat dlu.klu dh paut2 tu petanda dh tu nk blh bjln da xlma lg.hehe
Anak sya merangkak pon x brape sgt, lebih kearah combat je laju..merangkak dlm 2 3 langkah, pastu sambung dgn combat...hahahhaa, x tau nk risau ke x
11 bulan dah mula berjalan. Lain bayi lain perkembangannya.
7bln blajar berdiri, 10 bulan trus boley bjln😘
Mama bear of 1 handsome little heart throb