16 Balas
Menyusu saja solution nya, takde shortcut. Menyusu setiap jam atau setiap 1 jam 30minit. Baby mesti selalu berak & kencing, barulah kuning cepat turun. Kalau boleh tak perlu balut baby sangat supaya dia kesejukan sikit, kalau sejuk biasanya cepat lapar. Cepat lapar, banyak minum, then banyak kencing & berak. Satu lagi kalau susah nak bangunkan baby, bagi susu pakai sudu atau syringe tapi sikit2 la takut tersedak pula. Try bergilir-gilir dengan husband atau siapa2 utk susukan baby sebab penat giler masa jaga baby jaundice ni sebab kena susukan baby sepanjang 24 jam sehari tu😅 boleh try: kita ambik 6 jam pertama, lepas tu husband ambik 6 jam kedua then kita lagi 6 jam ketiga, husband 6 jam keempat then gilir-gilir la. Letak susu dlm botol supaya husband pun boleh tolong susukan. Boleh urut/picit2 breast & tadah susu dlm botol. Kalau nak tunggu baby bangun utk hisap memang susah.. mcm baby sy dulu sampai hari ke-3 masih suap pakai sudu sebab dia taknak bangun. Need to be strong 💪🏻 you can do it
Saya pun darah A+. Jentik tumit kaki dia kalau bby taknak bangun nyusu. Saya jentik banyak kali bagi dia nangis dan bangunkan dia untuk susu. Tapi saya Iktiar juga guna ubat homeopathy. Memandangkan anak saya susu botol masa tu sbb saya tak pandai susukan anak sangat sbb anak first 😂. Saya masukkan ubat tu dalam air susu sikit. 4 hari dh turun kuningnya. Kawan saya pun anak dia kena kuning tinggi, saya bagi ubat tu dekat kawan saya. Esoknya anaknya turun dh kuning. Kita Ikhtiar je mana perlu.
begini, Ada jual di on9 shop.
sis. klu sis breastfeed baby, kena jaga pemakanan tu yg penting. makanan pantang berasaskan halia, kunyit & lada hitam mcm tu elakkan dulu sampailah baby dah bebas jaundice. sbb tu semua panas & boleh menyebabkan jaundice tinggi sbb baby breastfeed kan. sy hari tu mcm tu jgk. hari ke6 masih 246, hari ke20 baru discaj kuning. bila pikir balik baru teringat makanan tu semua penyebab kuning xnak turun2. sbb sy fully breastfeed & darah A+ jgk
darah Sya pun A+.. baby 4 hari je dah normal kuning.. hanya perlu bagi baby minum susu setiap jam.. jgn biarkan baby aktif tidur... fhm mom yg bru lepas bersalin ni mesti terasa penat sgt² lepas bersalin nak rehat tidur juga tpi UTK kebaikan baby supaya tak tinggi kuning lah kita kena berkorban smtara kesian baby balik² kena cucuk je check kuning.. Klau kuning dah merebak Smpai ke otak baby bhya..
Susu je caranya. Susukan baby setiap 1-2 jam dalam masa 24 jam. Bukannya siang je susu. Malam tak susu. Kena kejutkan sampai baby bangun. Cara saya kejut, bogel kan anak pakai pampers je. Untuk bengkak susu tu, awak tuam panas > tuam sejuk > marmet atau DF. Ulang step ni sampai lah bengkak tu surut. Oh ya! Dapatkan support from your husband too. Good luck 🌹
kerapkan menyusu baby sis... saya pulak jenis darah o+ anak sebelum nie mmg kuning susah nk trun...bersalin yg ke4 kuning 230 hmpir kena tahan wad..tp ad sorg kwn ajar sy letak cool fever yg baby kat blkang badan baby ..sy buat hari2...alhamdulillah kuning dari 230 turun mendadak...kuning anak 5 hari je dh xde...
sis sama mcm sye darah A+. anak sye kuning tinggi jugak dlu tp 4hari je dh bebas jaundice. selain dari kerap menyusu, sis try bg baby mandikan dgn herba cina. g kedai runcit cina ckp kt dia nk ubat sensei ( mcm uncang teh) . mandikan baby dgn air tu, in shaa Allah cpt turun.
Setuju komen. Utk ibu2 lain kot2 la risau jaundice ni, xyah risau bab darah cth slalu org ckp darah O mmg akn kna kuning tp x ye, ada je yg anak xde kuning lgsg. Btl tu atas baby juga & ikut kuasa Allah
macam pengalaman saya, kerapkan susu je. Bak kata nurse saya, baby kuning tidur tu memang masalah dia tapi kita kena kejutkan dia juga. Kacau je dia bagi dia bangun. Susukan setiap 2 jam. Buat je apa2 janji dia bangun pastu bagi susu. Kalau dia warded lagilah susah nanti.
sya darah A+ ank sulung sya kuning dia 112 dlm 4 hri je dh turun..sec bby 90 dlm 3 hri dh turun...doc ckp drh A+ ni sngt bgus...sya kerap susukn bby dan kerap bgi dia bngun..klau biarkn dia tdur nnti kuning tk turun..
Sgt sama dgn saya. Saya A+, anak prolonged jaundice sampai masuk wad. Mcm2 test dibuat. Mcm2 petua di ikut, xjuga turun kuningnya. Test2 yg doc buat alhamdulillah semua okay. Elok sebulan, normal. Doc kata dy nk ajak mommy jln2 kluar rumah g kk sebulan. 😌
Xde cara lain selain bgi byk berak..kna kluar kn melalui najis..mmg kna bgi byk mnyusu.. stiap jam bgi so kna bjaga mlm..mmg baby byk tdur bila jaundice tu kna bgi dia bngun aktif juga utk mnyusu..
Anonymous