Salam, ada tak anak yg membesar dgn ibu bapa kita atau atok nenek mereka. Dipendekkan cerita anak perempuan sulung saya dari kecik hidup dengan atok nenek dia. Dia tak nak duduk dgn saya. Dah macam² cara saya pujuk dulu utk bawak dia dduk dgn saya sekali. Sampailah tahun lepas dia ambik keputusan nak ikut saya. Tapi lain pula yg terjadi, pada mulanya ok cuma dia tak reti buat kerja rmh. Bila saya tegur suruh bantu masa cuti sekolah dia seakan memberontak. Tak cukup dengan tu dia sekarang dah berenti sekolah. Kalau ikutkan dia sekarang form 4. Form 3, 3bulan sebelum cuti dia bergaduh tu dgn rakan² disekolah. Bila rujuk dgn guru takdela masalah besar mana. Bila saya paksa pergi sekolah dia sampai lari sembunyi di hutan belakang rumah kami sampai kes polis tu. Dan masalah tak habis sampai situ sekarang perangai makin menjadi tak nak dgr cakap, tak nak dtegur, balik kerja terus msuk bilik kunci pintu. Makan sendiri di bilik. Sekarang sy tgh mgandung ank ke 3. Nak kata stress tu memang stress tengok perangai dia macam tu. Kadang2 rasa sy jadi ibu yg gagal , ibu yg tak pandai jaga ank. Kalau dia nak balik tgl dgn atok dan nenek nya di kampung sy izinkan saja, daripada tgk perangai dia mcm tu. Bila kita berkeras suruh dia buat kerja rmh cth cuci gelas pinggan dia sendiri , dia akan cakap nenek tak pernah paksa sy. Bercakap dgn kita tak, adik nya dh mcm musuh bg dia. Ank saya yg kedua ni pun takut nak dekat dgn dia. Lg 1 dalam bilik dia tu dh mcm bilik stor bnyk smpah. Perlu ke sy rujuk dia dekat pakar psikologi. Makin nak dekat due ni macam² saya pikir. Saya dgn suami betul² dah tak tahu nak pikir apa lg. Sy pernah ajak dia berubat kampung kot terkena buatan ke apa, tapi perangai msih mcmtu. Dia sampaikan buruk2 kan nma saya dan suami dekat kedai tempat dia kerja sekarang, kata kami tak nak hantar dia sekolah, tak nak pindahkan dia ke sekolah yg baharu sdgkan kmi dah usaha tapi pejabat pendidikan yg tak luluskan dia pindah sekolah sbb sekolah yg lain tu semua jauh dari rmh kmi sekarang ni. Adakah saya ibu yg gagal ? Atau saya yg tak faham kehendak anak2 saya? 🥹saya tak pernah pilih kasih sedangkan apa yg dia mahu semua kami turutkan. Cuma saya nak dia berdikari cuci baju pinggan sendiri, kemas apa yg patut. Yela dia kan perempuan. Anak remaja pula tu. Si adik perempuan berusia 11 tahun tula yg selalu bantu² saya walaupun saya tak minta bantuan dari dia. Terima kasih sebab dengar luahan saya ni.😔😔