Sedih , stres , serabut “)

Sajalah nak share kat sini luahan hati huhu. Anak saya 6 months 24days dah suap makan dah. Anak saya ada eczema jadi bila time nak suap makan memang saya cerewet bab pilih makan dia. Yang nak diluahkan disini mil saya suka hati je nak suap baby macam macam. Nak dijadikan cerita 2 hari lepas kami breakfast di hotel , dia suap baby dengan telur separuh masak then apa lagi muntah balik lah. Sampaikan lesu baby saya. Kalau setakat nak bagi rasa saya tak kisah tapi suap baby macam nak bagi makan terus. Then selang beberapa jam badan baby naik alergik. Sedih saya tengok keadaan anak saya. Yang sedih lagi hujung2 dia salahkan saya sebab tak bawak ubat gatal yang makan punya. Saya once baby dah tak gatal memang saya stop ubat ubat ni. Sebab sebelum ni baby ok je takde masalah pun duduk dengan saya. Dia buat aku rasa macam aku ni gagal jadi seorang mak. Untuk makluman , saya seorang yang pendiam tambah pulak tak berani nak direct. Kalau saya direct mungkin bahasa yang keluar dari mulut saya kasar. Ya saya tahu ini cucu sulung sama juga dengan saya , ni anak sulung saya”) entah lah terasa macam gagal je jadi seorang mak. Aku tak layak ke jadi mak? Sampai satu tahap aku dah rasa macam tu bukan anak aku. Tujuan luah kat sini sebab i need a support. Kata kata semangat dari semua mommies2 dalam ni.

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun introvert tp kalau bab anak auto jadi extrovert. Saya akan rasa gagal kalau saya tak suarakan demi protect anak. Believe me kalau hanya berdiam, your mil akan suap benda lain pulak. Saya serik jadi org yg tak berani. Sebab bila nampak sgt kita tak berani, org boleh buat suka2 hati dia sampai buat kita down. Dia fikir dia boleh conquer minda kita sampai kita takut. Org yg buat kita, tp kita pulak yg serba salah gila2. I know what it feels like. 12 tahun dah umur anak sulung saya. So kalau taknak merana lama2, do something. Kalau tak nanti anak pun tengok kita as mak yg lemah

Baca lagi