Second child (Luahan)

Saja nak tulis sini sebab takde tempat nak luah.. Aku housewife ada anak sorang umur 2 tahun. Baru² ni aku gaduh dgn husband sbb dia dah mintak nak tambah anak...katanya anak sulong dah besar dah elok tambah lagi. Tapi aku tak sedia lagi sebab memikirkan aku sorang yang kena jaga. Husband? Masa dalam pantang dulu kadang2 ada la jgk basuh kencing berak anak tgh malam..anak dah besar sikit ni tugas dia cuma mandikan anak waktu petang..tapi kadang² ada jgk aku take over. Cuma itu yang dia buat selama ni. Takde nak main dgn anak, suap makan, bagi tido..takde semua tu. Aku kadang² kesian dgn anak aku mcm takde spend time dgn bapak dia, macam tak dapat perhatian dari bapak. Bukan anak je, aku pun rasa tak dapat perhatian dan kasih sayang dari husband 🥲 Husband aku hidup dia dgn kerja je. Dia ada kerja hakiki. Kerja pagi balik petang, lepastu dia sambung buat kerja tepi. Hadap laptop dlm bilik kerja dari petang sampai tengah malam. Kalau hari cuti dari pagi sampai tengah malam duk dalam bilik kerja. Keluar bila nak mandi, makan, solat. Itu je rutin husband aku hari² Aku penat jaga anak dan urus rumah sorang². Bila aku suarakan pasal ni, katanya "nak buat macam mana lagi, saya dah kerja, dah mandikan anak tu ok la" Hiba hati aku dengar. Bila dia dah kerja memang tak boleh tolong aku ke korang? 😭 Aku penat tapi aku tak boleh mintak tolong. So aku serba salah nak pregnant lagi..rindu rasa nak pegang baby tapi memikirkan nak pantang, nak menyusu, nak jaga baby, dan jaga anak sulong aku rasa burn out. Tolong bagi sepatah dua kata korang kalau nampak posting aku ni. Aku rasa lonely sangat. Rasa bebannya dalam hati bila duk pendam selama ni 😔

34 Balas

Hai sis.. Lebih kurang lah suami saya. Kalau bab kerja mmg kuat kerja lg2 kalau kerja dgn org besar, suami kena ikut tugas yg diberi lah xboleh bantah2. Tp walaupun gitu, ada jgk ms offday, masa kelepasan 1,2 hari. Kadang smp 3 hari. Semua benda sy buat jgk kat rumah. Dia boleh je bermain dgn anak tp tu lah plg lama 10 minit. Lps tu ckp kat anal umur 2 tahun ni "go to mama" nak duduk baring2 santai layan hpon, buat hal dia, eh padahal sy tgh sibuk memasak ke, tgh membuang kat tandas ke, tgh mandi, apa2 jelah🤣anak pun xpuas bermain dgn dia. Last2 anak cari mama nak melekat je kat sy, tgh busy pun nak buat mcm mn. Bab mandikan anak tu dia mau tp bila sy minta tlg je. Serious eh, hari2 sy mandikan anak mmg naik bosan jgk tp sb hati sorg ibu kan, demi anak. Ms terlalu penat & tgh buat kerja dlm rmh minta suami mandikan, tu pun bg lah 1000 alasan dlu sblm nak buat. Bab masak, mmg 0. Suami mmg xkan masak, cuci pgn mgkuk semua sy buat. Bab kemas, sapu mop tu sy jgk, plg dia bantu sekali dua je dlm 1000 kali. Tp sy bknlah jenis diam & pendam sb sy tau boleh mudaratkan diri sendiri. Sy akan bercakap sesekali utk tegur & bg reminder cara baik. Suami je kdg2 panas telinga dgr walaupun ckp elok2 mgkn ms mood xelok kot, xnak kt cakap/tegur. Katanya dah tugas sorg perempuan, sorg isteri. Tp sy akan jawab jgk tp cara elok2 sb sy xmau sbg ibu/wanita, sy ditindas. Hm tau2 lah dia hadam sendiri teguran sy tu. Suami sy ni kdg2 faham jgk sy penat/ burnt out, cuma malasnya tu xboleh nak ckp. Nak tgu dia sendiri dtg membantu tu mmg tak lah. Kena panggil, kena ckp jgk. Sbg bini, kita pun perlu bantu bentuk suami kt apalgi yg jns ni. Kalau biar, lama2 makin terbiasa smp xfikir ttg kt yg isteri dah. Xnak anak tgk cara ayah dirumah lps tu terikut2. Habislah kt yg mak2 ni anak pun susah nak bantu & xrespect. Crta psl burnt out. Mmg xboleh lari dah. Ada ms2 tertentu smp xlarat nak bangun, buka mata pun xboleh. Tp nak buat mcm mn, kt bukan dpt rehat pun ada anak kecik ni. Sakit2 pun tugas xmissed. Xda MC. Badan penat, sakit, sengal semua, xda siapa urutkan. Tpksa lah jalani hari2 dgn badan yg sakit2. Sbg isteri, kt pun nak faham dgn keadaan suami, bkn nak salahkan suami semata. Sb tu perlu saling menegur, kalau ada kecelaruan, ikut lah jalan yg terbaik & betul, bkn jalan "siapa plg berkuasa". Kalau x, seumur hidup jadi xseronok dlm berumahtangga. Kalau boleh, isteri perlu tegas dlm menegur suami & berterus terang. Mgkn suami ramai yg ego, jenis xterima, tp xbermaksud kt tegur utk gaduh tp utk bantu sj. Lama2 dia akan sedar & faham jgk. Btw, sy jgk jns yg xmeluah kpd siapa2 lbh lg ahli keluarga sndiri sb xnak huru hara. Tp itulah, xmembantu sgt sb diri sendiri akan depressed. Menangis, kehilangan kekuatan diri tu dah jd banyak kali. Jgn pendam sgt, nak luah, terus tegur & ckp terang sj kat suami, biarlah cara yg elok dan lembut. Sy surirumah jgk setelah bergelar isteri hga ada anak sorg ni. Banyak perubahan pd sy termasuk fizikal dah xcantik mcm dulu. Lebih suka duduk rmh & xnak jumpa org. Anak lah jd penghibur hati hari2. Sy doakan sis sntsa sabar & suami sis akan mengerti kelak. Sy minta semua doakan sy jg spya sy kuat & doakan kesihatan diri serta mental sy. 🙏🏻😊❤️

sy pernah tau fikir mcm ni. sdgkan suami pon jenis mmbantu. tp bnyak sy la. sbb sy ksian suami penat kerja. kalau sy nk minta tolong mmg sy akan panggil. kadang2 emosi tu datang tiba2. smpai fikir baik sy kerja skali. so urus anak smua sama2. takde nk trfikir ohh kesian suami penat kerja. pernah skali tu suami trtinggi suara sbb sy suruh dia beli nasal drop bby kt farmasi. sy bg gmbar contoh then mndikan bby. fon kt bilik. dia call bnyak kali mana la sy dengar. sy dlm bilik air. pastu sy call balik. dia emosi penat kerja kot ckp dia dah beli sterimar. sy ckp la knp tak ikut gmbar yg sy dah bg. sterimar ada kt rumah. knp beli lagi. pastu dia trtinggi suara ckp msalah call sy dulu sbelum beli tp xangkt. sy ckp mndikan anak. fon kt bilik. then sy matikan call. sy jenis xboleh kalau org tinggi suara.. tu masa dia blik, rupanya dia g cri farmasi lain belikan jugak nasal drop mcm sy hntar kt ws dia. pastu dia nmpk sy diam smbil potong2 sayur. dia ingt sy nk tikam diri gamaknya 😂😂😂 smbil2 tu dia pujuk minta maaf. time tu laa sy direct ckp sy penat. ingt suka ke duduk rumah tak kerja. sbb sy sbelum pregnant kerja. sy ckp dia pergi kerja jumpa kawan2 ada sembang2. pastu rutin yg sama. boleh lepak minum kopi. kerja yg sama. tak hadap manusia kecil yg 1001 ragam belum berakal yg kita kne cri tahu smua sbb kenapa. sy duduk rumah ni hadap anak yg hari2 lain2 emosi. dgn kadang2 anak meragam nk melekat . kadang nangis ikut suka dia padahal takde apa pon ,smua dah sy setelkan. penat tmpt krja,blik rumah boleh rilex. penat kt rumah nk rilex celah mna? awk kne direct dgn suami. ckp ataupun awk kerja . so dua2 krja. adil la kne jga anak sama2. tengok apa dia ckp

iyaaaa samaa. pernah skali tu saje biarkan bby nangis. nk tengok dia akn buat x mcm mana kita direct ambil bby bila bby nangis. sbb sy jenis xboleh anak nangis. mesti direct g ambil. mungkin lapar,nk kita tepuk bontot sbb tido xlena,nk prhatian. tp berlalu mcm tu je anak mnangis. last2 sy pujuk. pastu saje ngintai tengok suami kt mana n buat apa. ingt nk marah dia . skali tengok dia tengh tolong setelkan kerja rumah mana yg sy trtangguh. nasib xserang dulu.. tengok dulu.. sy kalau dgn anak,nk main fon pon serba salah. even scroll2 je. rasa mcm ksian dia nk prhatian kita . lgi2 nk mmbesar ni.bg sy kan walau suami bantu atau x. tipu la kalau kita takde emosi yg tiba2.

suami sis pun strugle cari duit kat anak bini ..mkn minum ,pakaian ,nafkah tak terabai syukur dah sis sbb suami sis org yg brtanggungjawab . cuma 1 je la bila dia cuti tu sis ajak la dia g jalan² cuci mata g mall pun xp dah tukar suasana xd la duk uma terperap je . actually kita yg suri rumah ni kene pandai handle . anak sis pun baru sorg jgn rasa terbeban tauu ... sbb bila kita dah ada ank ni kita tumpang rezeki dorg tanpa sedar . berbalik pada keje suri rumah .. bagi sy x penat sis klou kita pandai handle . bangun pagi basuh baju ,sidai . dlm masa basuh baju tu antara nak siap boleh dah mandi + mandikan anak . siap mandi dah boleh da sidai kain then boleh da sapu rumah ,buat sarapan ,suap anak + sarapan .. settel da keje pagi . patu boleh da duduk² tngok tv .. anak tido kita tido .. mana yg x sempat buat time anak meragam tu dia abaikan jela 🤣 jangan push buat keje rumah tpi benda yg wajib hari² buat sapu rumah ,msk ngn mandikan anak je sis .. kje x siap xd sapa nak marah n waktu kita sendiri yg handle . suami keje as kuli . so dia Kene ikut ckp org lagi penat + stress .. takat dia jump kawan² borak tu boleh tolak tepi la .. kita ada anak boleh bawak gurau .. so sama je .. cuma tu la ,famly time kene ada sis event sebulan skali pun xp laa .. paling tak pun bawak la anak jalan² taman x lama ,20-30 mint pun xp untuk perkembangan otak anak jgk .. sis kuat ,sis hebat .. dalam hidup berumah tangga benda paling penting memang give and take sis .. selagi dia x mintak kawin lain sis approve jela tambah anak 😁 anak pembawa rezeki .. ins Sya Allah Allah permudahkan urusan sis ..

laki hang mcm laki kami. tpi laki kami lagii laa sampai ke mlm dok kerja. masa bru lps bersalin mmg hari2 dok gado. sampai terfikir nak ceraiii. dah ckp dahh dgn laki tuu, kalau rasa xnak kami dgn anak, bagitau nnti kami berambus dari hidup dia terus. baby blues kann. tapi tu lahh. bila dahh waras balik, fikirr, kalau laki aku x kerja, kami nak makan ape nnti. hidup ni kerass weii. anak kami bru nak msuk 3 bulan. dgn pampers nyee, nasib la nyusu bdn. mmg la mkn pakai ckupp, tapi saving x dakkk. kut tetibe tgh bulan nak guna duit ke, kete rosak ke mana nak cekau duit kalau laki kami x kerja keras. lps tu fikir balikkk, penat laki dgn penat kami x sama. tapi sama2 penat. dia penat dgn kerja. kami penat dgn urusan rumah anak suma. kalau dia boleh bertahan tidur takat 3 4 jam sehari x merungut, siang kerja berat, mlm kerja lain, cuti kerja lain, kenapa kami nak merungut pulakk. cuma now kami amalkan, kalau kami penat, kami rehat. anak tido kami tido kalau ngantuk. rumah sepah? biar je dulu. dh ilang penat nnti kemas balik. x larat masak kami order online. ptg2 baju campak dlm washing machine nnti laki balik mntk tlg die sidai. kalau die x sidai esok hang pi la kerja pakai kain pelikat. pokok x siram, nahhh dua hari sekali baru siram. kejap hidup kejap mati pokok kamii kt belakang rumah tu 😂😂

Hahaha terhibur baca post sis nie.. bagus give n take mcm nie. semoga murah rezeki suami sis. semoga berkekalan rumah tangga sis dan suami.

saya dah masuk anak ke 4 skarang. masa anak ke3, situasi hampir sama. kerja2 urus rumah Dan anak2 saya yg urus. masa tu dah xtahan... saya luahkan pada husband. tapi penerimaannya mula2 tak positive. esok ya lepas meluah tu, ada la dia basuh baju lepas balik kerja. tapi saya ajak Makan dlu, dia xnak seolah2 merajuk. tak tahu knapa xboleh handle perasaan masa tu, saya terus mengamuk. semua barang saya sepahkan, habis pinggang mangkuk saya pecahkan. tapi masa tu rasa released sangat. rasa beban bertahun2 saya dapat lepaskan depan husband. mmg tak fikir apa masa tu. maybe lpas kejadian tu, saya dengan husband boleh dah duduk buat kerja sama2... kalau sama2 penat sama2 rehat sama2.. Alhamdulillah... saya cerita pengalaman saya je sis. bukannya nak ajar protest dengan husband, tapi perlunya nak meluah dengan pasangan kita. maybe macam2 cara kias2 sebelum ni mereka tak faham, bila tunjuk berapa stress ya kita baru dia faham kita...semoga urusan sis dipermudah

Satu je awak, kenapa ada yg ramai lg anak mampu jaga semua sorang2 buat kje sorang. Kita yg baru dpt sorang dh ckp itu ini. Bersyukur seadanya ada suami yg sediakan keperluan asas kerja cari duit untuk anak bini. Ramai lg yg x mampu buat semua tu, nk mkn pun susah. Takut nnt terbanyak sgt keluhan dr kita sebagai isteri jd punca masuk nya org ke3 kalau suami jenis yg mampu kerja stable sng sgt nk grab. Kalau ada mami yg kje cari duit mana nk jaga nak urus rumah tgga lg kalau blk kje tu mcm mana? Awak x fikir ke mcm mana penatnya mereka, kje double tu kje kita ni housewife jaga nak urus rumah je awak. Kalau dpt laki yg jenis kje skjp ada skjp xde lg kesian, dah lah x tlg jagakan anak, dia jugalah nk cari nafkah, dia jugalah nk uruskan anak n rumah tangga. brapa byk kje dia nk kena buat. Hidup ni awak patut byk bersyukur, mengadu pada Allah lebih baik drpd mengadu kpd umum.

Sama sis dgn kami laki bini. Husband duk sibuk nak baby girl. Yang si kecik skg ni pun kita sorang je bangun malam semua. Dah la teruk waktu lepas bersalin tu. Dia pulak kerja shift. Paham2 la bila takda tu, kita sorang2 hadap anak. N bila husband balik mesti nak tidur da dia penat kerja kan. Padahal Kita ni hari2 lena tk cukup. Ada satu subuh saya dah tak tahan sgt dah. Anak nangis taktau sebab, pampers da tukar, susu da minum. Last sekali saya naik hantu terus, celapak husband bangun tlg amik anak. Memang saya koyak habis hahaha. Saya sambung tidur smpai kul 9 pagi. 1 yang pasti sis, kita jgn push diri kita. Saya ambik jugak perancang even husband kata takyah. Tktau la dosa ke tak, tapi saya mmg tak nak baby. Biarlah yg kecik ni besar dulu n puas manja. Bab kerja rumah lak, ada hari saya buat, ada hari saya takboleh, saya biar. Baju tk lipat etc. Biaaaaar.

VIP Member

tataw nak cakap sebab lelaki yg bekerja memg kurang masa dgn anak bini tp sebagai bini kalau nampak laki ralit sikit tu tegur la. yg sure kalau sy kat dapor, memg dua2 laki kena jaga. tp bab mandi so far dua2 sy mandikan. anak bongsu 8 bulan, mcm baru skali dua laki mandikan. ntah la sy malas nak kisah sangat asalkan sy dpt rehat yg cukup, rasa disayangi dan nafkah on time haha. kadang kan salah kita pun ada jugak sbb perempuan ni kadang overthinking. salah lelaki pun ada, kurang common sense. benda ni dua2 kena slow talk. xboleh face to face buat je essay dalam wasep. sy so far Alhamdulillah, husband satu kerja pun malam balik lambat. mcm boleh ckp sy jaga anak sehari 24jam. tp kalau sy penat sy cakap, tarik muka jugak haha

cuma bersyukur sbb husband xpenah bising bgn kul 10-11 pun 😂

Ni cuma pendapat saya la . Jangan kecam pulak ye 😅 . Saya rasa elok lah awak holdkan dulu permintaan suami awak . bukan apa , ni atas diri saya sendiri la . anak saya y sulung 2t4b , dan sekarang saya preggy . suami memang tolong . memang dia y buat semua kerja . cuma saya kesiankn dekat suami dgn ank . sebab saya alahan y teruk sangat . tak boleh nak bau , tak boleh nak buat apa . sebab muntah je kerjanya . sampai lembik badan² . bila badan dah tak bermaya macam mana nak layan anak . saya bukan menyesal sebab mengandung sekarang . tapi saya sedih sebab tak dapat buat y terbaik buat ank . contoh kalau awak mengandung , awak alahan . macam mana dengan ank awak y sulung . ini cuma pendapat saya la

sama laa sy sis.. tak terasa nak tambah anak ke 2.. masa anak sulung berpantang sendiri dan tak sempat pon nk berpantang mcm org lain, suami ade laa tolong tu pon masa awal2 je.. bila dia kena kerja semua benda sy buat sendiri.. suami bila kerja jarang laa ade kat rumah.. kalau time dia kena kerja 24jam lgi laa susah dia nak duk rumah.. anak dari A sampai Z sy sorg2.. duk rumah selalu rasa lonely sbb sy family semua jauh2, kdg2 stress sorg2, kdg2 nangis sorg2 sbb penat takde mase utk diri sdri.. bila tgok anak kesian pon ade sbb masa anak dgn suami tu kurang.. sampai klau suami mintak nk bersama sy ckp sy penat belom rehat lgi jaga anak padahal sy takot termengandung lgi 😭

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan