13 weeks

Hi saja je nak share my feeling. Haritu mase first scan 4 weeks nampak kantung je and kita tunggu sabar je until cukup habis 1st trimester untuk scan. Scan-scan je nampak baby tertonggeng mcm tu. Perasaan masa sebaknya tengok betul la ade little human dalam diri kita ni. First baby la katakan. Tapi orang cakap jangan happy sgt sbb jauh lagi perjalanan. Buat lebih terharu bila kita bercakap je kan, kita nampak baby tendang2 kaki die ☺️☺️ Minta doakan semoga baby terus sihat sepanjang dalam kandungan, selamat dilahirkan dan membesar menjadi sihat, cerdik, sedap mata memandang dan disenangi. Amin.

13 weeks
42 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya sampai sekarang, anak dah nak masuk 3 bulan, masih tak boleh lupa saat saya melihat imej anak saya semasa dia 9 minggu dalam kandungan. Sonographer tu cakap 'ni ya baby puan'. Terus nangis teresak-esak sampai terhenjut-henjut badan. Indahnya imej yang dipandang dan indahnya perasaan masa tu. Sampai rasa nak bagi baby nama Indah tapi suami tak setuju pulak. Saya dua kali missed miscarriage kena cuci dan sekali gugur keluar sendiri. Sebab tu kali keempat dapat double line, tak mengharap langsung. Allah Maha Baik Dia izin saya rasa nikmat mengandung dan izin saya jadi ibu akhirnya. Saya selalu doa semoga Allah izin semua wanita TTC dapat rasa nikmat mengandung dan melahirkan akhirnya.

Baca lagi