59 Balas

iberet folic yg terbaik utk naikkan hb. cuma sesetengah org ada alahan dgn supplements ni. Boleh sbbkan muntah n loya makin teruk. Kalau sis mkn ok takde alahan selepas 15-30minit lepas mkn, Alhamdulillah. kalau ada alahan, boleh mintak doctor suggest supplements lain. apa2 pun jarakkan pengambilan caffeine & susu 2-3jam sebelum atau selepas mkn supplements ni. Waktu terbaik mkn sebelum tido. boleh ambil dgn air oren @ sunquick utk mudahkan penyerapan vitamins n minerals. Amalkan jus limau kasturi, kurma cina (red dates) pun boleh. Insyaallah hb akan naik n maintain elok.

Sis awal lagi ka pregnant. Saya dlu awal2 sama la 10.8. Trun 10.3. 😅 then, mcm2 sy consume. Bayam, jambu batu, delima, semua yg bagus2 lah saya makan. Dan cara pengambilan ubat tu penting. Kena makan selepas 2 jam makan nasi dan 1 jam sebelum makan berat yg lain. Jgn mkn vitamin dengan susu,milo, kopi, nescafe. Saya ambil obimin. Alhamdulillah, sekarang 36 weeks dah Hb 13.8.. Dari 10.8, 10.3, 11.4, 12.8 dan lani 13.8 Tinggi pulak..risau saya😅

Sy ada mkan waktu pagi tu.. Sy set alarm 5.30am....2biji.....then, belah petang tu yg x tau waktu yg ssuai.. Sbb makan malam 7-8pm....

Kot sesiapa nampak soalan ni, saya kena makan zincofer tapi takleh telan langsung saya terus pening muntah2 dah macam2 cara saya makan sebelum tidur, minum air oren, makan buah ke ape semua tips saya dah cuba memang tak boleh. Baru2 ni checkup nurse tak nak tukarkan ubat saya, kalau saya beli je ubat lain kat farmasi boleh ke eh?

Lama tu. Kalau still tak sesuai, sis beli je ubat lain kat farmasi. Plus banyakkan makan buah2. Sy pun kk suruh makan iron 4 biji sehari. Sy muntah. Sy makan sebiji sehari je baru okay. Tp mmg makan buah hari2, buah naga buah tembikai buah epal. Alhamdulilah 2 mggu pertama je hb low. Lepastu terus naik, skrg maintain atas 12. Tp sy still ckp sy makan ubat 4 biji sehari sbb sy pernah tanya nurse, nurse ckp kena makan 4 jgk wlupun hb dah naik. So sy tipu 😅 alhamdulilah skrg pun hb 12.8 wlupun mkn sebiji je sehari

Okayy rasanya. Tapi kena tengok juga pemakanan harian kita. Sy makan iberet dua bulan, hb tetap low. Lepastu sy ubah cara pemakann, banyakkan juga mknn yang tambah darah macam bayam ke, buah ke, lepastu mkn pati delima baru hb naik. Kalau tak setiap checkup menurun 😂

Ay makan pati delima sebelum makan utama. Kadang ambik 2x sehari. Kadang ambik sekali je 😂. Ada ambik pagi, ada ambik malam. Tak tentu. Tapi selalu sebelum g checkup mmg makan sesudu. Hehehe. Jangan lupa kurma juga.

Alhamdulillah...sy pon mkn ubt ney terus naik 12,,,klu x makin turun...last check sebelum tukar ubat ney 9.4...lqgi rendah dari sis...cuma sy amalkan minum dgn jus oren twister..huhuhuhu...utk hilangkan rasa loya..n amek selepas makan malam...

Saya okay alhamdullilah, mula2 kk bagi iron and zincofer, zincofer tu mmg xboleh nak telan, muntah teruk, so kk suggest i beret Start dari hb 8 now dah 12.7, still continue makan iberet dari 15-16weeks cmtu , now dah 37 weeks

sis minum pati delima brand gulsan tu..aritu sya chekup pn hb turun 11.1 lpstu bulan skli chekup jadi 12.1 dh..mnum shri 2kali sis,pgi skli mlm skli..cuba la sis,mna tau ssuai ngn sis..harga sebotol gulsan tu pn xmhl RM15 jaa..

Sy makan iberet dgn feros kot nama dia .. makan dengan pati delima gulsan .. terus naik 13 .. lepastu doktor terus tye , nak makan ubt satu jenis je ke atau still 2 ni lg .. sy ckp dua2 jek .. takut hb drop balik 🤣

Bancuh gan air .. sebab dia masam kan .. minum dan makan dgn ubt .. minum susu lepas 2jam mkn ubt .. elakkan kaffien

Ubat ni ok..tp kena rajin makan sayur bayam dgn hati ayam..menu sy stp hri dri tghri smpai ke mkn mlm mmg sma je.sup bayam,dgn goreng hati ayam.kalau nak msk kicap atau pn sup hti ayam tu mmg tak tertelan😂

Hhhahah.. masa cek hb frst dulu..10.3...lps tu ...jmpa lg nurse mnggu2 strusnya ..10.5 ...then cek balik mnggu lalu... 10.3..enth laa..napa hb ni xpndi naik biar da mkn da smua yg nurse suggest...

Kita yg tgh mengndung ni pnn risau dgn kandungan yg hb low... tp kita doa byk2 je la sis😊😊😊

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan