Saya ni selfish ke?

Suami saya ada kawan (lelaki, classmate). Tapi dia duk negeri lain la. Kalau kawan dia cuti, dia balik kampung dan suami saya akan jumpa lepak-lepak dengan dia lepas balik kerja. Dia tanya saya dulu. Saya kata ok je jangan balik lewat. Nak dijadikan cerita, dia balik lewat. Kadang pukul 2 pagi baru masuk rumah. Ada sekali tu dia lepak dengan kawan dia dan ada seorang lagi kawan perempuan yang merupakan classmate dia jugak. Wajar ke saya cemburu? Melepak dengan perempuan lain tengah malam biarkan isteri terkontang kanting dengan baby sorang-sorang? Malam ni dia keluar lepak lagi tapi dia bagitau yang dia lepak dengan kawan dia yang lelaki je la. Saya bagitahu kenapa inform lambat, nak minta tolong basuh botol dengan jemur baju, dia kata tinggalkan je nanti dia buat. Last time dia balik 2 pagi anda rasa dia larat ke nak settle semua tu? Saya tak kata apa tapi saya memang tak percaya dia dah. Bukan susah pun nak balik awal. Dia macam hala salah ke saya pulak dia cakap kalau tak boleh cakap je la tak boleh. Sejak bila minta izin? Siapa saya untuk menghalang? Selfish je saya rasa sedih dan kecewa? Saya beberapa kali minta nak keluar sorang nak pergi potong rambut, kadang2 ada hari saya nak shopping sorang kejap. Dia tak bagi pun, alasan dia takut anak mengamuk cari mama dia. Selama saya kerja dia yang jaga takde pulak mengamuk sakan ke apa. Ok je anak dengan dia. Entahla. Dia boleh pulak melepak, saya ni..... berkejar balik rumah dan ignore semua plan nak lepak dengan kawan. Sebab saya taknak lama-lama sangat dia dengan anak. Dia? Entahlah!! Walaupun bukan hari-hari lepak dengan kawan, sekali lepak tu sampai 2 pagi dia nak lepak. Kalau saya tegur dia salahkan saya kenapa saya tak panggil dia balik. Mulut ni geram nak menjawab "pandai-pandai la takkan benda tu pun bini nak kena ajar" aiii geram 😭😭 Taip benda ni pun sambil berair mata😭😭😭

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis kna terus terang.. jgn harapkn lelaki ni paham sendiri tanpa bini ajar sbb mmg xkn paham pon.. klu dia suruh sis ingatkn panggil dia blk, next time sis call dia panggil blk.. klu dia xpuas hati, ye kata kt dia awak yg suruh. bab awak nk keluar tu, klu dia xbg keluar sorang, awak suruh dia ikut sekali, awak pegi shopping ke gunting rambut ke, bia baby dia pegang, settlekn klu baby nk berak ke menyusu ke. pasal kerja rumah xjalan tu, sismg kna ttp mata. sy lihat kt sini ramai mommy yg burn out sbb buat keje sorang2. xboleh tgk lgsung rumah sepah sikit bila suami xbuat dia yg siapkn.. sbnr nya perangai ni lah yg buat kita rasa letih ngan xpuas hati, pendam perasaan. klu dia xjemur esok nya awak ingatkn blk suruh jemur.klu dia xbuang smpah pgi, tgh hari ingatkn blk. bila kita buat semua sendiri kita penat tu satu, lelaki jd terbiasa xtlg isteri buat keje.. suami sy dulu awal perkahwinan pon jnis xbuat keje rumah, sbb mmg kt umah dia mil layan lelaki mcm raja. anak, rumah semua perempuan uruskn. family sy pulak xda beza laki ke perempuan semua buat keje rumah. lps kawen mmg train laki slow2 bia dia tahu tggungjwb. tp kna lemah lmbut.. ingatkn dia bukan terus sentap.. lama2 suami sy reti la buang smpah sendiri xpyh suruh, mkn basuh pinggan sendiri, tlg jemur kain lps sy bsh bju.. uruskn anak pon ok smpai mil sy terkejut tgk suami mandikan n basuh berak anak, basuh pinggan kt rumah dia sbb anak laki dia yg lain semua tagune. pasal lepak ngan kawan perempuan pun sis kna inform sis xsuka... kata kat dia klu sy lpk ngan kwn laki mcm mana.. boundary kna jaga esp bila da kawen.. ni semua asam garam perkahwinan sy ni almost 10 years kawen dah pernah dah laki xbuat keje, main badminton tiap mggu ngan kawan blk lwt tu semua.. slow2 n lemah lembut plg penting.. insyaAllah nt suami paham

Baca lagi
2d ago

setuju sgt yg ni..org laki ni kena bgtau kita xboleh igt dia paham..klau sy la bgtau je apa yg kita tak puas hati tu jgn pendam nnti sendiri yg sakit hati.

TapFluencer

Hal Komunikasi ni. Kalau tak bagi cakap tak bagi. Lelaki lain dgn perempuan. Perempuan banyak faham sendiri. Lelaki kena beritahu itu ini. Cakap terus terang yg puan cemburu kalau ada perempuan keluar tengah malam dgn suami. Cakap santai. Boleh keluar dgn lelaki shj. Kalau ada perempuan, bawa saya sekali. 😂 Atau baik dating dgn saya dan anak tengah malam outdoor & indoor. Lagi syok. Tak payah gaduh/stress hal ni. Jika dapat kuasai komunikasi dgn baik , settled. Tak payah fikir dia ralat ke tak nak tlg kerja rumah lepas 2am. Tu tugasan dia sbb dia kata dia nak buat kan? Tinggalkan je. Bila lepas subuh dia tak buat jugak, lepas solat subuh jemaah dgn suami, cakap dengan lembut masa peluk cium dia, minta buat sekarang basuh botol dan jemur baju. Beri amaran, jika buat mcm tu juga, tak boleh keluar rumah tengah malam dgn kawan. Ada tegas dlm kasih sayang. Bab me time, tu tak aci. Suami saya pun pernah tak tenang nak berdua dgn anak kalau saya ada hal bersendirian. Saya minta dia bertenang. Bila dia tenang, anak tenang. Saya minta dia bawa anak ke playground indoor main dlm 2 jam. Selesai.

Baca lagi
VIP Member

Tolong lah para lelaki sekalian. Lepas kawen, kurangkan melepak. Bukan tak boleh tapi tengok keadaan. Pilih hari dan masa yg sesuai. Kalau ada anak kecil, lepak lah petang weekend ke. Ni sampai 2 pagi. Tak risau ke benda tak patut ikut balik. Kalau sy, mmg suami yg faham sendiri. Dia ajak kawan2 lepak depan rumah. Buat air, buat cekodok. Kalau kawan taknak, tak payah pegi melepak. Sbb kalau dia susah ke sakit, bukan kawan dia yg ada tolong dia. Better sis bagitahu skrg dkt dia suruh kurangkan melepak. Kalau dia ckp sejak bila kena minta izin isteri ke apa. Sis bagi dia jaga anak seharian. Nak tgok tahan ke tak tahan. Lpstu fikir patut tak dia tinggalkan sis sorang2 jaga baby dkt rumah. Haih baran pula saya baca kes sis ni.

Baca lagi

Faham sis , lebih kurang jgk . Cuma husband kaki mancing , lagi kerap kot . Mancing sajasaja yg takdak bawak balik hasil pun. Kes nya nak lepak ngan member je pun .. hmm . Makan hati gitu je time dia nak pegi tu. Baik, ada tlg buat kje rumah jgk tp perlu disuruh la .. pun rasa diri ni selfish sbb asyik tak setuju je klau dia nak kluar mancing tu. Jadi mcm stress pulak, jadi lebih kurang trauma jgk bila dgn perkataan ‘mancing’ . Tp ntah la , sabar gitu je rasa mcm berbuih mulut dh halang dia kluar , ada je point nak mnjawab nk lepaskan diri .. sy byk diam je . Masa yg menyembuhkan sy .. 🥹

Baca lagi

Lepas ni panggil je balik sis, kalau dia bising ke apa ke cakap balik, "kan awak cakap dengan saya kenapa tak panggil balik" Baru dia rasa. Whatever you were feeling is legit sis. Lain kali sis buat je, awak boleh lepak lama lama kenapa saya takleh? Kenapa nak petik nama ada cari mama dia lah apa lah. Awak bukan bapak dia? Buat anak sama sama tapi yang jaga sorang. Yihhhh geram aihhhh baca. Lepas ni sis pulak tinggalkan dia lama lama. Stay strong sis! You can do this! ♥️ sometimes ini je cara nak sedar and bukak mata mata orang yang gini

Baca lagi
2d ago

Panggil balik sekarang tu betul. Saya pernah buat masa keadaan betul2 memerlukan sbb sy burnt out. Bila kenangan kelakar betul. Tapi sy takde isu suami keluar dgn kawan. Dari mula nikah hingga anak dah setahun, suami tak lepak malam dgn kawan2. Lepas anak setahun lebih, suami keluar minum lepas office, lepas program office waktu malam, lepas main badminton, saya on je. Tapi kalau seminggu, banyak kali buat saya cakap je, asyik dgn kawan je? Kami ni? Dia tak jadi keluar. 😅 Saya kenal kawan2 suami So, tiada masalah.

Suami saya pun macam tu jugak. Kawan2 dia semua bujang. Bila dah selalu sangat lepak, saya pun ikut sekali ke mana dia pergi. Lama2 kawan dia dah tak ajak lepak. Saya memang saje nak ikut, biar kawan2 dia paham yang suami saya dah ada bini. Biasa kalau dia melepak dengan kawan2 dia, lama jugak la. Bila saya ada kat situ, dia tak boleh nak lama2. Sebab saya selalu ajak dia balik. Saya cakap direct depan kawan2 dia dah lewat malam. Yang bujang takpe la, takde anak bini.

Baca lagi
2d ago

hahaha good idea

Saya nampak di sini lebih kepada isu komunikasi. Kalau sis perlukan me time, cerita elok2 keperluan sis. Kita give and take. Kalau nak minta tolong suami buatkan kerja, bgtau awal supaya dia tahu apa kena buat. Jadi sebelum dia keluar tu dah settle kerja. Tak delah sis rasa isu besar bila suami balik lambat. Orang lelaki memang tak boleh assume. Kena cakap. Supaya kita pun tenang. Btw, suami sis kerja juga tak? Sebab sis cakap masa sis kerja dia yang jaga baby?

Baca lagi
2d ago

Tak bagi Gunting rambut tu memang tak aci.

hurm.sebenarnya lepas kawen ni kan...ermmm...dah xde dah istilah amalan lepak melepak dgn kawan2 ni.yg biasa hangout mgkin dlm usia bawah 30 cam tu mgkin la .. tapi jarang lah umur yg 30 keatas nk ada sikap melepak lagi dgn kawan2.biasa dah mula fokus dgn family dah.jika yg dah bnikah masih ada lagi budaya melepak yg x dpt nk ditinggalkan,,maknanya mgkin blum puas dgn zaman bujangnya atau pn masih inginkan perasaan ingin bebas.

Baca lagi
VIP Member

awl² kawen dulu suami ada la juga lepak² mcm tu...sy ok je...agk nk suruh dia blk sy ws je suruh blk..kdg² sy bwk ank² skali join dia lepak... kdg² time dia lepak sy xde masa nk tunggu...tdo lg baik...tp skrg dah 12y kawen dia pon dah xlepak² dah...suami ada bengkel sdri so kwn² yg dtg lepak bgkel dia...dan sy boleh dtg bengkel dia bila² je yg sy suka...rasanya suami awk muda lg kot tu dok still nak lepak² lg

Baca lagi

dulu sy jenis diamkn shj apapun yg berlaku..1hari tu pak&mak mertua tegur ,dia kata kalau ada bnda yg kita xpuas hati jgn pendam diamkn dalam hati sndri2 ,mesti kena ckp terus terang sebab lelaki ni xpaham kalau bnyk bunga sgt(mesti kena direct to the point) kdg org laki hilang akai,mcm lurus bendul pn ya.Start tu dh xpnh lgi rsa cam sakit jiwa sndri hamburr pn hamburr..

Baca lagi
2d ago

Bagus ada orang tegur