Ramai ibu mengalami masalah sakit belakang lepas bersalin dan semasa menyusukan anak.
Antara puncanya adalah berat anak makin bertambah, posisi menyusukan anak dan postur badan.
Ini yang boleh ibu-ibu lakukan untuk kurangkan rasa sakit belakang:
๐ญ. ๐ฃ๐ฎ๐๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น.
Makin bertambah berat anak, ibu perlu makin berhati-hati supaya tidak angkat dengan cara yang salah dan boleh menyebabkan sakit belakang.
Cara yang biasa kita buat ketika angkat barang berat atau anak yang makin berat adalah dengan cara membongkok atau bahagian belakang melengkung. Salah caranya begini.
Cara yang sebetulnya adalah duduk mengcangkung atau bengkokkan lutut dahulu, kemudian angkat dengan meluruskan bahagian belakang. Yang paling penting adalah bahagian belakang lurus dan tegak, bukan membongkok atau melengkung.
๐ฎ. ๐ฃ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐๐ฑ๐๐ธ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ธ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐๐๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น.
Kebiasaanya, apabila berat bayi bertambah, ibu akan cenderung untuk membongkokkan badan supaya breast rapat dengan mulut anak.
Cara yang betul adalah bawa anak rapat ke breast ibu dan ampu berat anak dengan menggunakan bantal jika tidak larat untuk ampu guna tangan. Pastikan bahagian belakang badan kita tegak.
๐ฏ. ๐จ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ
Jika ibu rasa tegang di bahagian belakang leher, bahu atau atas belakang badan, cuba ubah posisi menyusu lain yang lebih selesa seperti berbaring, separuh berbaring dan sebagainya.
Semoga bermanfaat ya. Jangan lupa juga minum susu untuk kuatkan tulang ibu. ๐
Fadzielah Ayub
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA #mbfpca
.
Follow FB saya: Fadzielah Ayub