SHARING - DR IMELDA BALCHIN

Ramai ibu-ibu hamil datang ke klinik saya mengadu mereka rasa loya dan muntah-muntah. Jadi cara saya memberikan ketenangan kepada mereka ialah membuka cerita. Saya pun buka cerita. Bukan semua ibu akan rasa loya tetapi 80% ibu-ibu hamil akan rasa loya dan muntah. Tetapi lebih kurang 5-10% perlu bantuan Hospital sebab muntah teruk sampai dehidrasi. Sebabnya mereka loya dan muntah-muntah ialah tindakbalas badannya kepada hormon BhCG yang tinggi pada awal kehamilan. Sila lihat gambar. Sel-sel embryo yang akan menjadi janin dan uri placenta di dalam kandungan itu yang mengeluarkan hormon BhCG. Tujuan hormon BhCG itu ialah untuk meransangkan ovari mengeluarkan hormon progesterone yang diperlukan untuk menyokong kehamilan. Ovari tu kan pemalas, kena disuruh buat kerja baru dia buat. Tanpa BhCG itu, ovari tak buat kerja, maka tiadalah progesterone dan keguguran akan berlaku. Ingat tak cerita saya sebelum ini, hanya selepas ovulasi dan telur dikeluarkan oleh ovari, baru lah ovari membuat progesterone? Progesterone ini diperlukan untuk menyokong kehamilan. Ingat tak cerita saya sebelum ini, ovari ialah organ yang sangat malas? Dia buat progesterone hanya 10 hari dan kemudian tutup kilang. Jika persenyawaan tidak berlaku, hormon progesterone anda akan jatuh, dan inilah menyebabkan haid berlaku, ia membuka saluran darah di bawah dinding rahim, dan darah itu keluar untuk flush sel-sel bedding dinding rahim yang disediakan untuk kehamilan. Ingat tak saya cerita sebelum ini, dalam rahim tiada takungan darah, hanya sel-sel dinding rahim yang menunggu persenyawaan dan kehamilan. Jika tiada haid, tidak ada darah beku atau darah bertakung di dalam rahim. Hanya bila hormon progesterone jatuh baru lah saluran darah dibuka untuk flush keluar sel-sel dinding rahim yang tidak digunakan keluar dengan darah haid, seperti flush bahan buangan dalam tandas menggunakan tangki air. Jadi, jika persenyawaan berlaku, sel-sel embryo yang akan menjadi janin dan uri placenta mengeluarkan hormon BhCG untuk menyuruh ovari teruskan mengeluarkan hormon progesterone selepas 10 hari untuk mengekalkan dinding rahim, supaya ‘Flush Jamban’ tidak berlaku. Inilah dia cyst corpus luteum yang anda kadang-kadang ternampak di dalam ovari semasa 12 minggu pertama kehamilan dan akan surut dan hilang secara semulajadi selepas 12 minggu kehamilan, dan saya akan beritahu ibu hamil jangan bimbang jika ternampak cyst ini dalam imbasan ultrasound scan, sebab ia mempunyai fungsi yang penting membuat hormon progesterone. Ingat tak cerita saya sebelum ini, punca keguguran utama semasa awal kehamilan ialah embryo atau janin yang tidak membentuk dengan normal dan sebab utamanya ia tidak normal ialah kualiti baka dalam benih telur itu yang tidak sempurna? Ingat tak cerita saya sebelum ini, bila wanita semakin berusia lebih banyak benih telur rosak disebabkan penuaan dan lebih ramai wanita yang lebih berusia mendapat keguguran dari wanita muda? Kebanyakan keguguran bukanlah sebab pemakanan dan bukan sebab terlalu lasak. Bila sel-sel embryo itu tidak normal, maka BhCG pun tidak dikeluarkan oleh sel embryo ini untuk meransangkan ovari mengeluarkan progesterone, maka keguguran akan berlaku. Saluran darah dibuka untuk ‘Flush’ keluar kandungan dalam rahim. Jika sel embryo itu sihat, maka BhCG ada, progesterone ada, dan kehamilan berterusan. Sehinggalah uri placenta sudah terbentuk dan mula mengeluarkan progesterone sendiri semasa 12 minggu kehamilan, baru lah kita lihat hormon BhCG tidak diperlukan lagi untuk meransangkan ovari mengeluarkan progesterone. Maka BhCG mula berkurangan, ovari mula tidur semula tutup kilang sepanjang kehamilan dan tiada ovulasi baru sepanjang kehamilan, tetapi ibu hamil masih ada cukup hormon progesterone yang dikeluarkan oleh uri placenta untuk meneruskan kehamilan dan tiada haid sebab hormon progesterone yang tinggi tidak membenarkan ‘Flush’ berlaku. Masa inilah, lebih kurang 12 minggu kehamilan ke atas loya dan muntah-muntah mula berkurangan kerana hormon BhCG juga mula jatuh. Bersama bayi di dalam kandungan di dalam rahim itu tiada darah bertakung ya. Tidak ada darah dalam rahim. Janin di dalam kandungan tidak duduk dalam darah atau sebelah darah. Kandungan itu sangat bersih dan suci. Anda semua sekarang sudah tahu apakah penyebabnya anda mendapat darah nifas selepas bersalin kaaannnn? Sebabnya ialah uri placenta sudah keluar dan hormon progesterone anda sudah jatuh. Maka saluran darah dibuka memberikan anda FLUSH baru yang anda panggil darah nifas. Tidak ada darah nifas berkumpul di dalam kandungan sebelum anda bersalin. Semua berlaku hanya selepas uri placenta keluar. Sekianlah pembacaan Sains Physiology Kehamilan Manusia untuk anda pagi ini. Saya ucapkan syabas kepada followers-followers saya yang berusaha menambahkan ilmu kesihatan yang sahih. Ibu-ibu hamil saya rasa tenang hati dan lega selepas saya memberi penjelasan ini, sebab mereka faham ada sebab yang baik kenapa mereka loya dan muntah pada awal kehamilan. Berikanlah mereka ketenangan hati untuk menempuhi cabaran ini. Bagi ibu yang tiada tindakbalas loya dan muntah, jangan bimbang selagi kehamilan anda berterusan. Saya nak log out pi basuh baju hari Ahad ni naaaa. Takdak masa laaa nak jawab soalan-soalan perseorangan dari anda. Terimakasih. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology, Subspecialist in Maternal Medicine & Fetal Medicine, KPJ Damansara Specialist Hospital

SHARING - DR IMELDA BALCHIN
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

👌👍