Nak tanya beberapa soalan

- pregnant 5 bulan boleh ke nak puasa ganti? Ada tak mommies yang cuba puasa? Saya ada gdm.. ada effect tak kalau puasa? - pregnant 5 bulan boleh diurut kat bahagian mana ye? Dah start sakit tulang punggung, peha.. berjalan pun dah macam penguin 🥲

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g sendiri Inilah jawapan saya kepada komen netizen ini tentang berpuasa untuk ibu hamil yang ada GDM on diet control: Masalah yang lebih besar untuk ibu-ibu hamil GDM on diet control yang berpuasa bukanlah hypo semasa berpuasa. Hypo ini ialah bacaan gula di dalam darah yang terlalu rendah. Hypoglycaemia ini ialah masalah besar untuk ibu hamil GDM yang mengambil rawatan ubat atau suntikan insulin yang berpuasa. Hypoglycaemia boleh membahayakan, terutama sekali untuk ibu hamil yang ambil Suntikan insulin tetapi berpuasa. Masalah yang lebih besar untuk ibu hamil GDM on diet control ialah selepas berbuka puasa tak control diet sampai bacaan gula di dalam darah yang mencanak tinggi dan membahayakan kesihatan baby. Anda mesti check sendiri bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa. Dah buat ke tidak? Kalau tak berusaha check bacaan gula anda dan tak dapatkan rawatan jika bacaan gula tinggi, lebih baik jangan berpuasa, dan control pemakanan semula. Matlamatnya ialah good diet control, jangan jadi bad diet control. Ada ibu hamil yang GDM sederhana saja yang boleh control bacaan gula dengan pemakanan sihat selepas berbuka puasa. Tetapi ada ibu hamil yang GDM tak boleh buat diet control bila buka puasa dan dinasihatkan jangan berpuasa. Sila berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan. Untuk ibu-ibu hamil GDM yang hendak berpuasa, minta rujukan untuk mendapatkan nasihat DOKTOR, bukan nasihat nurse. Jururawat boleh menjaga kesihatan ibu hamil berisiko rendah. Jika anda ibu hamil yang ada GDM, anda bukan lagi ibu hamil berisiko rendah dan sepatutnya mendapat pantauan dari doktor. Ganti puasa tu senang saja nak buat tetapi kesihatan anak di dalam kandungan itu sangatlah mahal.

Baca lagi
Post reply image
2y ago

terima kasih. saya bercadang memang nak tanya doktor pakar ahad nanti semasa temujanji cuma nak tahu kalau ada mommies yang dah cuba ganti puasa. saya gdm tapi doktor kata bacaan gula saya masih terkawal dan boleh lagi teruskan diet control. alhamdulillah.